"Seminar Dakwah Masyarakat Majmuk - Siri 1"
Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pg - 2.00 ptg
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Ahli panel :
1) Ustaz Rashidy Jamil (Pengasas Tuan Sharifah Islamic Foundation, Pendakwah Bebas)
2) Brother Kamarudin (Pengasas Islamic Propagational Society International, Penerima Anugerah Muslim Terbaik 2009)
Berminat? Sila hubungi untuk mendaftar :
Syuhada (019-7516020)
Shikin (013-2222589)
JUMPA DI SANA YA!
Monday, November 9, 2009
Jom Tambahkan Ilmu
Posted by Nisa Wangsa Maju at 3:43 PM 0 comments
Thursday, October 8, 2009
Penyakit Hati..
Hati yang sakit mengakibatkan pandangan dan tanggapan hati terhadap sesuatu tidak betul. Hati yang sakit menyebabkan kebenaran tidak dapat dilihat walaupun ianya merupakan satu kebenaran, hati yang sakit melihat kebatilan sebagai satu kebenaran, atau ia melemahkan pemahamannya terhadap sesuatu kebenaran lalu mematikan hatinya untuk menerima kebenaran.Hati yang sakit menyebabkan hati membenci kebenaran yang memberi kebaikan kepadanya.

1.Jahil agama.
Posted by Nisa Wangsa Maju at 12:38 PM 0 comments
Labels: Unit Pembangunan Insan
Tuesday, September 29, 2009
Salam Barakah Buatmu...
“ Dan di antara tanda-tanda Kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dengannya, dan dijadikan- Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang Mengetahui”(Surah Ar Rum : 21)
Salam Barakah buat AJK Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa` Wangsa Maju, saudari Wan Anis Masila yang selamat diijabkabulkan pada 5 Syawal lalu.Semoga Allah merahmati dan memberkati Anis dan suaminya, Muhammad Nuruldin.Moga ikatan perkahwinan yang terbina dapat mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.Salam Barakah daripada kami, Nisa` Wangsa Maju...
Renungan bersama :Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :“Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepadanya, Masuklah ke dalam syurga pintu mana sahaja yang yang engkau suka. ”(Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)
Posted by Nisa Wangsa Maju at 3:26 PM 0 comments
Labels: Baitul Muslim
Thursday, September 17, 2009
Salam Aidilfitri
Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan SALAM AIDILFITRI buat semua ahli-ahli Nisa` Wangsa Maju, adik-adik yang dikasihi serta kepada semua yang mengenali Nisa Wangsa Maju.
Moga Ramadhan kali ini mendidik kita untuk kita terus sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingati Allah S.W.T dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.Kita laksanakan impian kita bersama untuk menjadi anak dan wanita solehah.Insyaallah.
Moga redha Allah bersama kita.
Posted by Nisa Wangsa Maju at 8:39 AM 0 comments
Friday, September 11, 2009
Friday, September 4, 2009
Ya Allah,Istiqamahkanlah kami......
Salam Ramadhan yang penuh barakah.....
Kita telah melangkah masuk ke bahagian kedua Bulan Ramadhan yakni kita berada di pertengahan Ramadhan. Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.
Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”
Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah.
Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabat menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.Posted by Nisa Wangsa Maju at 12:23 PM 0 comments
Labels: Pengisian



