Followers

Tuesday, December 29, 2009

Jom ke Konvensyen Nisa` Wilayah

Dijemput semua adik-adik, remaja perempuan, akak-akak, ibu-ibu ke :KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010/ 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

Antara Yang Menarik :
1) TALKSHOW NISA` : "Bidadari Cemburu Padamu...."
2)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
3)Cabutan Bertuah
4)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
5)Hadiah Cenderahati buat semua peserta

MASUK ADALAH PERCUMA!!
TERHAD UNTUK 200 ORANG SAHAJA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

HUBUNGI : 013-200 9426 (AZI) atau 017 353 3468 (YANI)
"Kerana Dirimu Begitu Berharga....."

Wednesday, December 23, 2009

Menyelusuri Perjuangan Zainab al Ghazali...

Tahu tak siapa Zainab Al Ghazali? Tak kenal maka tak tahu la kan? Bagi memenuhi hasrat ingin tahu ini, Nisa Wangsa Maju telah mengupas kisah tokoh ini dalam wacana ilmu Zainab Al Ghazali pada 13 Disember 2009. Majlis yang bertempat di dewan PASTI Batu Caves dihadiri seramai 35 orang peserta. 2 orang panel iaitu Ustazah Fadilah dan Ustaz Shakir dijemput mengupas kisah ini. Majlis yang dikendalikan oleh moderator di samping sesi soal jawab telah memberi pengetahuan yang mendalam buat para peserta. Jadi buat pengunjung blog, kami juga nak berkongsi ilmu dengan anda, teruskan membaca kisah Zainab Al Ghazali di bawah ini yer…jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan pulak tau...okey…
Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, Lahir dari latarbelakang keluarga yang berpendidikan agama Islam yang mendalam. Ayahnya sentiasa memberi sokongan kepada Zainab untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat.Kisah-kisah usaybah bint Ka'ab al-Maziniyah sering menjadi pendorong baginya bagi mencapai matlamat ini.
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Beliau telah berjaya menubuhkan 15 buah masjid di zamannya.
Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.
Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.
Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.
Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.
Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.
Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser. Zainab telah di tangkap oleh rejim Jamal Abdul Naser dan dikenakan siksaan yang amat berat. Kisah siksaan ini telah beliau rakamkan dalam buku bertajuk ‘hari-hari dalam hidupku’ boleh la cari buku ni, untuk kisah lebih lanjut. Setelah dibebaskan dari tahanan, beliau menjadi tenaga pengajar dan menghasilkan karya-karya mengenai wanita bagi majalah Al-Dawah. Beliau meninggal dunia pada 8 ogos 2005. Al fatihah untuk beliau, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin…

Tuesday, December 22, 2009

GOTONG ROYONG NISA' WM

Pada 5 Disember yang lalu, Nisa Wangsa Maju telah turun padang ke rumah makcik Teh di Flat sri Kedah untuk aktiviti Gotong Royong. Alhamdulillah kami seramai 8 orang telah dapat meluangkan masa membantu makcik. Kalau di ikutkan, tidak lah sebesar mana usaha yang kami lakukan, namun di kesempatan ini, kami berharap juga dapat mengembirakan makcik Teh yang
sudah berusia, sambil-sambil tu ianya sebagai aktiviti senaman yang menyihatkan.Dan yang menariknya, ada sahabat nisa kami yang menyediakan nasi goreng buat kami. Erm..sedap betul masakannya…penuh kasih sayang gitu. Terima kasih sahabat.Kepada sahabat-sahabat yang ingin melakukan kerja-kerja amal, bolehlah menghubungi kami untuk menyertainya. Kadangkala, kita tak mampu membantu orang dari segi kewangan, namun tenaga yang Allah beri, gunakanlah kearah kebaikan. Bak kata pepatah, erti hidup pada memberi..
sekian, wassalam.