Followers

Thursday, June 5, 2008

19 Hadis Rasul Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan

menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan

baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan

ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya

diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t.

memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama

Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang

sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan

diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada

keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak

perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan

seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t.

memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara

kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang

dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya

terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" J

Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu

dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di

langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada

suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan

terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan

tidak dihisab.


16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam
syurga.



18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak

perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan

mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka

baginya syurga.


19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya
daripada api neraka.