Followers

Friday, September 2, 2011

SYAWAL yang tiba,,,


Ramadhan telah meninggalkan kita,Syawal menjelang menandakan hari raya
Kehidupan biasa bermula semula, ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..

Hari raya hari bersyukur ,Kerana nikmat dan rahmat ramadhan dianugerahkan
Hari raya hari bertafakur, apakah sebulan ramdhan menambahkan iman?

Hari raya hari bersilaturrahim, ziarah ibu bapa, sanak saudara,sahabat handai dan guru-guru,
Bersihkan diri,sucikan hati, Bermaafan kita sesama kita, agar dosa sesama kita selesai di dunia,
Amalan sedekah marilah suburkan,membantu mereka yang memerlukan …

Ingatlah hari raya penutup puasa,ramadhan yang dirindui telah meninggalkan kita,
Ramadhan yang akan datang apakah kita jumpa,kematian kita berlaku bila-bila masa.
Di dalam bergembira,ingatlah akan dosa,Insaflah diri kita sebagai hambaNya
Akhirat tempat kembalinya Kita,sudahkah berbekal dengan sifat taqwa?