Followers

Friday, December 30, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

TAHUN baru bermula lagi. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai kejayaan dan kekecewaan.

Namun jangan lekas berputus asa kerana setiap perkara yang berlaku perlu dihadapi dengan penuh kesabaran.
Terus kekalkan matlamat serta iltizam untuk memperbaiki kelemahan diri.
Tahun baru ini perlu menjadi titik tolak untuk kita merangka perancangan masa hadapan yang sememangnya tidak tahu apa kesudahannya.
Pokok pangkalnya, jika kita berusaha untuk ke arah kebaikan maka kesudahannya pasti menjurus kepada kejayaan begitulah sebaliknya jika kita tiada perancangan rapi dan terus membiarkan diri terus leka dan alpa pasti kita menemui kegagalan.
Saidina Umar mengungkapkan kata yang bermaksud: “Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk daripada hari ini”.
Kita jangan hanya berbangga dilahirkan Islam, menggunakan nama Islam, tetapi tiada menjiwai watak seorang Muslim sejati.
Oleh itu, tahun baru perlu disambut dengan penuh keazaman serta komitmen untuk menjalani kehidupan sebagai umat Islam yang berkualiti dan mampu menjadi contoh kepada yang lain...insyaALLAH
SELAMAT TAHUN BARU
DARIPADA : NISA` WANGSA MAJU 

Sunday, December 11, 2011

Kem Remaja Solehah 2011


Kepada adik-adik semua..Jom kita manfaatkan cuti sekolah ini dengan menyertai Kem Remaja Solehah 2011, anjuran Nisa` Wangsa Maju pd 25& 26 Disember 2011 di Kuang Homestay, Selangor.Pelbagai aktiviti menarik menanti!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Jom champing!