Tahniah buat semua adik yang telah mengambil keputusan masing-masing. Apa jua keputusan pun, kami Nisa’ Wangsa Maju ucapkan sekalung tahniah kepada adik-adik. Sebab nya, adik-adik telah pun melepasi satu phase yang penting dalam hidup adik-adik. Selepas ini, masuk ke alam universiti/kolej pulak kan. Lain suasananya berbanding alam persekolahan. Jadi, kepada semua adik-adik, pandang ke depan dan move forward.
Yang paling penting, mari kita sama-sama bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Sebab Allah cakap siapa yang bersyukur, akan diganda-gandakan lagi nikmat. Haa….menarik kan :) So, jom bersyukur!
“Lainsyakartum laaziidannakum walainkafartum inna ‘adzaabii lasyadid”
“Jika kalian bersyukur pasti akan Aku tambah nikmat Ku kepadamu tetapi jika kalian kufur sesungguhnya adzab-Ku amat pedih (14:7)
Lepas SPM ni masih banyak lagi ujian/peperiksaan yang adik-adik bakal hadapi. So, meh kita bersyukur sejak sekarang lagi supaya esok-esok Allah gandakan nikmat bagi kita. The more nikmat, the more syukur. The more syukur, the more nikmat. It’s an endless cycle :)
Sekian, Nisa’ Wangsa Maju mengucapkan sebanyak-banyak tahniah buat semua adik!
Thumbs up to all :)