Followers

Monday, July 16, 2012

Kem Al-Quran: Warming Up Ramadhan

Assalamualaikum wbt


Semalam kami ada Kem Al-Quran Nisa' Wangsa Maju bertempat di Masjid Usamah, Wangsa Maju bermula jam 9.00 pagi sampailah 4.00 petang. Alhamdulillah.


Walaupun kehadiran peserta tak lah seramai mana, tapi Alhamdulillah program dapat diteruskan seadanya. Majlis ilmu atau taman syurga (Raudhah) ini tak kisah kehadiran seramai mana pun, kalau di dalam majlis ini membawa kita mengingati Allah, pastinya ramai malaikat yg hadir bersama. InshaAllah.


Program dimulakan dengan pendaftaran dan makan-makan. Ada peserta yang belanja makan roti canai yang sedap, Subhanallah wa Alhamdulillah. Lepas dah kenyang perut, maka mula lah pengembaraan kami mencari pengisian rohani pula :)



Diteruskan dengan slot Al-Quran di Hati Ku, iaitu berupa eksplorasi Al- Quran. Para peserta di berikan soalan-soalan berkaitan al-Quran kebanyakannya ialah pengetahuan am berkaitan Al-Quran. Ianya adalah untuk memberikan kesedaran dan muhasabah kepada peserta, Sebenarnya sejauh mana kita mengetahui tentang Al-Quran. Alhamdulillah semua peserta dapat melaksanakan tugasan masing-masing dengan jayanya.


Kemudiannya, masa diisi dengan pengisian ilmu yang sangat best dari Ukhti Syarifah Durrah yang menyampaikan tazkirah berkaitan Cinta Pada Al-Quran. Kami dihidangkan dengan Tanda-tanda Cinta pada Al-Quran, Cara mengingati Al-Quran, dan juga doa-doa. Alhamdulillah wa InshaAllah, sangat terkesan di hati semua yang mendengar. Masing-masing memuhasabah sekukuh mana sebenarnya relationship diri dengan al-Quran.


Selepas itu ialah slot tadarus & perkongsian tentang hukum tajwid dalam alQuran. Kami juga saling mengaminkan doa dari semua yang hadir yang telah ditulis dalam kertas kertas. Selepas itu kami beramai-ramai konvoi ke Radix Fried Chicken, cawangan Setiawangsa untuk makan tengah hari bersama. Besttt!
Kesimpulannya, memang best lah sehari kami spend masa bersama dalam Kem AQ Nisa' Wangsa Maju ini. Tak terasa masa berlalu...cewwah :)


Okay lah, sekarang ini jom teruskan warming up untuk Ramadhan.

Tak lama dah lagi.

Hari ini Isnin, esok Selasa, kemudian Rabu Khamis dan

Jumaat malam inshaAllah dah nak mula solat terawih.

RInduuu nya kan!


Selamat menghadapi Ramadhan.

Jom lumba-lumba rebut semua kebaikan dalam Ramadhan nanti.

Azamkan & bertindak :)

Monday, July 9, 2012

Jom ke KEM AL-QURAN NISA'


NISA' WANGSA MAJU 
membawakan kepada anda semua

KEM AL-QURAN
khusus untuk wanita berumur 15-40 tahun

Jom Sertai Kem ini & Sama-sama kita hayati keindahan Al-Quran
(^_^)v