Sunnah Rasulullah
S.A.W – Berwangi-wangian
Adalah sunnah bagi kita mengenakan wangi-wangian sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Empat perkara daripada sunnah rasul-rasul iaitu : Malu, Berwangi-wangian, Iwak dan Nikah"
WANGIAN RASULULLAH
Wangian Kasturi adalah
wangian kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W sepertimana sabda Baginda Rasulullah
S.A.W yang bermaksud "Sebaik-baik
wangian adalah wangian kasturi" (Hadith riwayat Muslim)
Wanita dan minyak wangi??
Jika untuk dipakai diluar rumah maka hendaklah
dengan wangian yang tidak kuat baunya yaitu wangian yang tidak dapat dihidu
oleh orang ramai melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian
itu barulah didapat akan baunya.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah berkata "Minyak wangi
untuk lelaki adalah yang harum baunya dan tersembunyi warnanya. Manakala minyak
wangi untuk wanita adalah yang warnanya kelihatan dan tersembunyi baunya.
Wangian yang kuat hingga orang2 dapat mencium wanginya itu dengan hanya ia lalu sahaja dihadapan orang maka hukumnya adalah haram.
Wangian yang kuat hingga orang2 dapat mencium wanginya itu dengan hanya ia lalu sahaja dihadapan orang maka hukumnya adalah haram.
Jika di pakai didalam rumah maka tiada
larangan dengan wangian yang kuat baunya. Dan jika disuruh oleh suaminya maka
menjadi wajib pula ia memakai wangian tersebut
Jom bersama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah
S.A.W..