Followers

Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Talkshow Nisa': "Sebenarnya, Saya Bidadari itu" :: 16 Februari 2014 (Ahad)

Assalamulaikum wahai bidadari-bidadari dunia akhirat :),


InsyaAllah kami di Nisa' Wangsa Maju berbesar hati untuk menjemput semua muslimin dan muslimat ke talkshow dengan tajuk yang cukup menarik! Jom sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengisian sebagai muslimat idaman syurga dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup sepenuhnya. Jangan lupa temu janji kita ya! :) see you...

Maklumat lengkap berkenaan talkshow tersebut seperti di bawah:
 

Monday, December 20, 2010

Barakallah Intan Nadia& Khairul Anwar

Team Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan Salam Barakah buat Intan Nadia yang telah selamat mendirikan masjid pada 19 Disember 2010.

"Ke Arah Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"

SEMOGA PERKAHWINAN YANG TERBINA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH SWT

Thursday, December 16, 2010

Barakallah Dewi & Azizol


Team Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan Salam Barakah buat Dewi Soraya Bt Abdullah (mantan AJK UKK Nisa` WM) yang telah selamat mendirikan masjid pada 11 Disember 2010.

Semoga terus istiqamah bersama perjuangan Islam

SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

"Ke Arah Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"

Barakallah Ija &Suhaimi

Team Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan Salam Barakah buat Noriza Bt Ariffin (AJK UPK Nisa` WM) yang telah selamat mendirikan masjid pada 11 Disember 2010.

Semoga terus istiqamah bersama perjuangan Islam

SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

"Ke Arah Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"

Tuesday, September 29, 2009

Salam Barakah Buatmu...

“ Dan di antara tanda-tanda Kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dengannya, dan dijadikan- Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang Mengetahui”(Surah Ar Rum : 21)
Salam Barakah buat AJK Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa` Wangsa Maju, saudari Wan Anis Masila yang selamat diijabkabulkan pada 5 Syawal lalu.Semoga Allah merahmati dan memberkati Anis dan suaminya, Muhammad Nuruldin.Moga ikatan perkahwinan yang terbina dapat mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.

Salam Barakah daripada kami, Nisa` Wangsa Maju...

Renungan bersama :Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :“Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepadanya, Masuklah ke dalam syurga pintu mana sahaja yang yang engkau suka. ”(Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)

Monday, June 8, 2009

Moga Allah Memberkatimu....

Aisyah r.a. menjelaskan,“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad)

Salam mahabbah buat AJK NWM, Hariri Haisyami yang telah selamat bergelar seorang isteri pada 6 Jun 2009.Hariri merupakan salah seorang AJK Unit Khidmat Kaunseling pada sesi NWM yang lalu.

Semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan yang dibina demi mencari redha Allah S.W.T.Harapan kami, moga Hariri menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah serta terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau di mana berada.
Senyum ceria bergelar zaujah..
Tahun ini melakar sejarah yang tersendiri kerana 3 orang AJK NWM telah bergelar isteri. Status cik telah berubah kepada Puan, dan juga pelbagai amanah akan bertambah....Menjadi seorang isteri kepada suami, seorang menantu kepada mertua , saudara ipar duai dan bakal menjadi seorang ibu....nenek...Insyaallah, segalanya datang dari Allah dan moga Allah merahmati pasangan-pasangan ini..

Moga kalian tidak akan melupakan Nisa` Wangsa Maju.Pahit manis perjuangan telah kita tempuhi bersama-sama..Ukhuwah fillah abadan abada...

Dan kepada bakal mendirikan masjid...

Ibnu Mas`ud pernah berkata , "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan "