Followers

Showing posts with label Pengisian. Show all posts
Showing posts with label Pengisian. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Talkshow Nisa': "Sebenarnya, Saya Bidadari itu" :: 16 Februari 2014 (Ahad)

Assalamulaikum wahai bidadari-bidadari dunia akhirat :),


InsyaAllah kami di Nisa' Wangsa Maju berbesar hati untuk menjemput semua muslimin dan muslimat ke talkshow dengan tajuk yang cukup menarik! Jom sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengisian sebagai muslimat idaman syurga dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup sepenuhnya. Jangan lupa temu janji kita ya! :) see you...

Maklumat lengkap berkenaan talkshow tersebut seperti di bawah:
 

Tuesday, August 17, 2010

Puasa Mukmin vs Puasa Munafiq

Salam Ramadhan yang penuh berkah,
Kita telah melangkah masuk ke bahagian fasa pertama Ramadhan.Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”
Perhatikan ibadah kita pada bahagian yang pertama Ramadhan (10 hari pertama) untuk menjadi ukuran muhasabah kita bagi menggerakkan kekuatan ibadah dan amal dalam hari-hari berbaki dari bulan berkat ini agar kita tidak ketinggalan sedikitpun dari kebaikan yang telah dijanjikan di bulan mulia ini. Takutilah jika sekiranya kita tidak mendapat habuan dan kebaikan dari apa yang telah disediakan Allah daripada maghfirah dan kebebasan dari api neraka sepanjang bulan rahmah ini.

Sesungguhnya ada perbezaan antara puasa mukmin dan puasa munafiq.

Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah.

Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabah menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.

Seorang munafiq pula, dek kerana kekotoran hatinya amat terseksa dengan Ramadhan. Semakin berkurangan bilangan hari yang berbaki daripada Ramadhan, maka semakin ia bergembira serta bersukacita. Seorang munafiq lebih memberikan perhatian bagaimana mahu menyambut hari raya berbanding meningkatkan amal ibadah serta merebut pahala di bulan Ramadhan.
Mereka tidak pernah mempedulikan kualiti puasa serta ibadah sebaliknya terlalu asyik dengan baju baru, langsir baru, kuih raya, tukar perabut dan pelbagai kelalaian serta kealpaan lagi. Al Quran tidak dibaca apatah lagi tadabbur. Solat fardhu tidak dipelihara. Harta tidak diinfaqkan pada jalan sepatutnya. Malam dibiarkan berlalu tanpa istighfar dan doa. Alangkah malangnya mereka ini serta malang jualah pengikut-pengikut mereka. Semoga Allah melindungi kita serta memimpin kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Perteguhkan iman dan keyakinan demi meneruskan semaraknya semangat untuk bertungkus lumus beribadah serta melakukan ketaatan di bulan mulia ini. Moga kita dapat meraih kemenangan duniawi dan ukhrawi.

“Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.” Amin…

Monday, March 8, 2010

Buat saudaraku yg dikasihi kerana Allah...

SOPAN ITU CANTIK

Wahai sahabatku, adik-adikku, untuk ingatan kita bersama...


Seindah hiasan adalah wanita solehah….Mari bersama mencari redha ALLAH

Friday, September 4, 2009

Ya Allah,Istiqamahkanlah kami......

Salam Ramadhan yang penuh barakah.....
Kita telah melangkah masuk ke bahagian kedua Bulan Ramadhan yakni kita berada di pertengahan Ramadhan. Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”
Perhatikan ibadah kita pada bahagian yang pertama Ramadhan (10 hari pertama) untuk menjadi ukuran muhasabah kita bagi menggerakkan kekuatan ibadah dan amal dalam hari-hari berbaki dari bulan berkat ini agar kita tidak ketinggalan sedikitpun dari kebaikan yang telah dijanjikan di bulan mulia ini. Takutilah jika sekiranya kita tidak mendapat habuan dan kebaikan dari apa yang telah disediakan Allah daripada maghfirah dan kebebasan dari api neraka sepanjang bulan rahmah ini.
Sesungguhnya ada perbezaan antara puasa mukmin dan puasa munafiq.
Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah. Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabat menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.

Seorang munafiq pula, dek kerana kekotoran hatinya amat terseksa dengan Ramadhan. Semakin berkurangan bilangan hari yang berbaki daripada Ramadhan, maka semakin ia bergembira serta bersukacita. Seorang munafiq lebih memberikan perhatian bagaimana mahu menyambut hari raya berbanding meningkatkan amal ibadah serta merebut pahala di bulan Ramadhan.

Mereka tidak pernah mempedulikan kualiti puasa serta ibadah sebaliknya terlalu asyik dengan baju baru, langsir baru, kuih raya, tukar perabut dan pelbagai kelalaian serta kealpaan lagi. Al Quran tidak dibaca apatah lagi tadabbur. Solat fardhu tidak dipelihara. Harta tidak diinfaqkan pada jalan sepatutnya. Malam dibiarkan berlalu tanpa istighfar dan doa. Alangkah malangnya mereka ini serta malang jualah pengikut-pengikut mereka. Semoga Allah melindungi kita serta memimpin kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Perteguhkan iman dan keyakinan demi meneruskan semaraknya semangat untuk bertungkus lumus beribadah serta melakukan ketaatan di bulan mulia ini. Moga kita dapat meraih kemenangan duniawi dan ukhrawi.

Perkongsian daripada : Ustaz Yussaini

Thursday, August 20, 2009

Rahsia dan Kemanisan dalam Ibadah Puasa

ALLAH SWT. Telah mengurniakan kenikmatan yang sangat besar kepada seluruh hambanya iaitu dengan memerintahkan suatu amalan yang dapat digunakan untuk menolak tipu daya syaitan, untuk menghampakan angan-angannya dan untuk mematahkan segala serangan busuknya.

Amalan itu adalah ibadah puasa. Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT. Rasulullah saw. Bersabda : “Puasa adalah separuh kesabaran.”(HR. Tarmizi & Ibn Majah)Firman ALLAH : “Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.”( Az-Zumar : 10 )
Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa ibadah puasa itu melebihi dari batas perkiraan atau hitungan.
Untuk mengukuhkan lagi keterangan di atas kita perhatikan pula hadis Rasulullah saw : “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu disisi ALLAH adalah lebih harum dari minyak kasturi”.
ALLAH berfirman : “Bahawasanya orang itu suka meningalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya”.( Bukhari & Muslim )

ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya”.( HR.Bukhari & Muslim )

Firman ALLAH yang maksudnya : “Seorang pun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.( As-Sajadah : 17 )Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat di atas ialah orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang berpuasa itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung.

Justeru itu tidak dapat dikira atau dibayangkan tentang besarnya pahalanya, kerana ibadah puasa itu memang di khaskan untuk ALLAH. Adapun penyebabnya, maka puasa mendapat keistimewaan sebagaimana yang dijelaskan adalah :
1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.


2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata untuk melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat, sedangkan nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman .


Jadi usaha untuk melawan musuh ALLAH, adalah sebagai salah satu jalan untuk menegakkan agama. Datangnya pertolongan ALLAH itu pun bergantung kepada pengabdian manusia kepada-Nya, sebagaimana firman ALLAH maksudnya :
“Apabila kamu menolong ALLAH (menolong memajukan agama ALLAH), maka ALLAH juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu)”. ( Muhammad : 7 )
Dari keterangan di atas, maka jelaslah oleh kita bahawa puasa adalah merupakan pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng. Kerana sangat besarnya keistimewaan dan keutamaan dari ibadah ini, sehingga mencapai tingkatan yang setinggi-tingginya, maka sangatlah perlu untuk diketahui apa-apa sahaja syarat-syarat lahiriah dan batiniah dari ibadah tersebut.