Followers

Monday, March 8, 2010

Buat saudaraku yg dikasihi kerana Allah...

SOPAN ITU CANTIK

Wahai sahabatku, adik-adikku, untuk ingatan kita bersama...


Seindah hiasan adalah wanita solehah….Mari bersama mencari redha ALLAH

Thursday, February 25, 2010

Kisah Cinta Sebenar ..Detik 12 RabiulAwal.. Rasulullah Lahir dan Wafat


Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang  dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan  sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan  khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta  kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian;   Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai  sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-  orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam  syurga bersama-sama ku.
Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang  dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.  Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas  panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.  Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan  meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.  Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.


Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas  menangkap  Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari  mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana  pasti akan  menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu  rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang  terbaring  lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma  yang menjadi alas tidurnya.  
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan  salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak  mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani  ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah,  Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru  sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap  puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah  bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 
Ketahuilah,  dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan  pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun  menahan ledakkan tangis.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa  Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril   yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.  Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.  Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.


Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu..  Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,  matanya masih penuh kecemasan.  Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. 
Khabarkan  kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? 
Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya, kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.  Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.  Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah  mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang  disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.  Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat  pengantar wahyu itu.
Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata  Jibril.


Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang  tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini,  timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak  lagi.  Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera  mendekatkan telinganya. 


Uushiikum bis shalati, wa maa malakat  aimanuku- 
Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling  berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali  mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang  memberi sinaran  itu.  
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?  
Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihin.. betapa  cintanya Rasulullah kepada kita.
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan  RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka.

Monday, February 22, 2010

KASIH TERCIPTA

Program Kasih Tercipta @ Surau al Amin, Setapak

Bertemakan YANG MUDA DISAYANGI, YANG TUA DIKASIHI, Nisa’ Wangsa Maju telah mengadakan program Kasih Tercipta pada 20 Februari 2010 bertempat di Surau Al Amin Setapak Indah. Majlis dimulakan pada jam 3 petang dengan acara perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’Hj Ahmad Tauzan b. Mohd Ghani selaku Penasihat Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Setapak Indah. Sebelum itu majlis diserikan juga dengan alunan Nasyid Asma Al Husna beramai-ramai, slide show Nisa’ Wangsa Maju dan ucapan aluan oleh Pengarah program, Pn suria.Dalam ucapan perasmiannnya, Dato’ telah memberi beberapa tips untuk diamalkan. Antaranya amalkan membawa bahan bacaan untuk dibaca semasa menunggu sesuatu, membawa buku nota dan pen untuk catitan.  Audien digalakkan mencatit butir-butir penting dalam majlis dan berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain.Beliau juga tidak menggalakkan ibu bapa melanggan Astro di rumah kerana ianya membawa kesan negatif terutamanya untuk anak-anak. Beliau juga mengharapkan ibu bapa memberi kasih sayang seadanya dan tidak berlebihan kepada anak-anak sehingga anak-anak tidak mampu berdikari dan menyebabkan mereka bergantung harapan pada ibu bapa semata-mata. Beliau juga mencadangkan diadakan pertandingan membaca kerana ia merupakan sumber asas dalam ilmu. 


Sekitar jam 3.30petang berlansgung acara memasak antara ibu dan anak yang disertai oleh 5 pasukan. Menu yang dipertandingkan ialah Ikan bawal masak sambal. Nampaknya masa 30 minit yang diberikan memang mencukupi kerana semua peserta dapat menyiapkan hidangan dalam tempoh ini dengan pelbagai teknik memasak dan hiasan. Kemudian hidangan ini diadili oleh 2 orang juri tempatan. Seterusnya majlis diteruskan dengan Pop Kuiz Kenali ibu. Hampir 30 minit juga ia berlangsung dengan soalan berbentuk umum, ilmiah dan kenali ibu masing-masing. Program dihentikan seketika bagi menunaikan solat asar dan disambung dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengerusi Surau Al Amin. Sedikit selingan acara kuiz spontan diadakan bagi meraikan adik-adik kecil yang hadir petang itu. Hadiah diberikan pada adik-adik yang berjaya memberi jawapan yang betul . Nampaknya adik-adik cukup cukup aktif untuk mendapatkan hadiah yang diberikan. Majlis ditamatkan sekitar jam 6 petang dengan jamuan ringan. 


Nisa’ Wangsa Maju mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak surau yang memberi ruang bagi Nisa’ menganjurkan program sebegini dan terima kasih juga kepada yang hadir mengimarahkan majlis ini. Kehadiran golongan ibu-ibu amat dihargai.Semoga ianya bermanafaat dalam mengeratkan ukhuwah antara ibu dan anak, disamping menimba ilmu dari apa yang disampaikan sepanjang program berlangsung. Kita jumpa lagi ye....




Thursday, February 11, 2010

RIADAH BADMINTON NISA' WM

Jom Riadah! Main Badminton...

Saturday, January 30, 2010

Mencari Nur Kasih Hijrah


Mari Mencari Nur Kasih Hijrah..bersama Nisa'


Pada 17 Januari 2009 bersamaan dengan 1 safar 1431H, Perkim wangsa maju dengan kerjasama Nisa’ Wangsa Maju telah menganjurkan Talkshow di Masjid Usamah bin Zaid. Talkshow yang bertajuk Mencari Nur Kasih Hijrah telah di hadiri oleh seramai 120 orang muslimin muslimat dari sekitar kawasan wangsa maju dan kawasan berdekatan.Terdapat juga gerai jualan Nisa’ menjual tshirt, barangan cenderahati , Al quran dan pelbagai lagi. Penceramah jemputan adalah Pensyarah dari UTM KL iaitu Ustazah Nor hafizah Musa. Talkshow bermula pada jam 10.30 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh wakil perkim dan tayangan montaj Perkim dan Nisa’ Wangsa Maju. Seterusnya ucapan aluan dari wakil Perkim dan ceramah di mulakan pada jam 11 pagi. Antara pengisian ceramah tersebut ialah tips-tips yang boleh di amalkan untuk menghijrahkan diri di abad moden ini. 5 perkara utama yang disebutkan ialah kembali mencintai Al-Quran, menjadi mukmin yang mengimani dan yakin dengan hari akhirat,menjadi mukmin yang dapat mengatasi sifat wahan iaitu cintakan dunia dan takutkan mati,menjadi mukmin yang sentiasa membersihkan hati , dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Penceramah juga mengingatkan hadirin untuk mengamalkan 3 perkara bagi melembutkan hati yang keras. Hendaklah kita banyakkan berdoa ketika membaca Al-Quran, mendengar kuliah ilmu dan bangun bertahajjud di waktu malam. Ceramah di tamatkan sekitar 12.15 tengahari. Majlis di akhiri dengan pemberian cenderahati kepada hadirin terpilih yang menyambut hari kelahiran pada bulan muharam lepas dan makan tengahari.Semoga kita dapat mempraktikkan ilmu yang di sampaikan dalam mencari nur kasihNya. Jumpa lagi program yang akan datang.