Followers

Tuesday, December 29, 2009

Jom ke Konvensyen Nisa` Wilayah

Dijemput semua adik-adik, remaja perempuan, akak-akak, ibu-ibu ke :KONVENSYEN NISA` WILAYAH
TARIKH : 10 JANUARI 2010/ 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI

Antara Yang Menarik :
1) TALKSHOW NISA` : "Bidadari Cemburu Padamu...."
2)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
3)Cabutan Bertuah
4)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
5)Hadiah Cenderahati buat semua peserta

MASUK ADALAH PERCUMA!!
TERHAD UNTUK 200 ORANG SAHAJA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN

HUBUNGI : 013-200 9426 (AZI) atau 017 353 3468 (YANI)
"Kerana Dirimu Begitu Berharga....."

Wednesday, December 23, 2009

Menyelusuri Perjuangan Zainab al Ghazali...

Tahu tak siapa Zainab Al Ghazali? Tak kenal maka tak tahu la kan? Bagi memenuhi hasrat ingin tahu ini, Nisa Wangsa Maju telah mengupas kisah tokoh ini dalam wacana ilmu Zainab Al Ghazali pada 13 Disember 2009. Majlis yang bertempat di dewan PASTI Batu Caves dihadiri seramai 35 orang peserta. 2 orang panel iaitu Ustazah Fadilah dan Ustaz Shakir dijemput mengupas kisah ini. Majlis yang dikendalikan oleh moderator di samping sesi soal jawab telah memberi pengetahuan yang mendalam buat para peserta. Jadi buat pengunjung blog, kami juga nak berkongsi ilmu dengan anda, teruskan membaca kisah Zainab Al Ghazali di bawah ini yer…jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan pulak tau...okey…
Zainab Al Ghazali Al-Zubaili nama sepenuhnya. la dilahirkan di sekitar tahun 1917, di awal abad dua puluh ini, Lahir dari latarbelakang keluarga yang berpendidikan agama Islam yang mendalam. Ayahnya sentiasa memberi sokongan kepada Zainab untuk menjadi pemimpin dalam masyarakat.Kisah-kisah usaybah bint Ka'ab al-Maziniyah sering menjadi pendorong baginya bagi mencapai matlamat ini.
Zainab Al-Ghazali mengasaskan penubuhan “Jamaah Saidatina Muslimah”. Satu gerakan wanita yang selari dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai method cara dan matlamat yang sama dengan Ikhwan Muslimin. Beliau telah berjaya menubuhkan 15 buah masjid di zamannya.
Meski pun beliau dipilih menjadi ketua pertama Jamaah itu, namum beliau telah berbai’ah dengan Mursyidul Ikhwan Muslimin, Hassan Al-Banna, pada penghujung abad 14 hijrah beliau ditugaskan memimpin Jemaah Saidatina Muslimah.
Tujuan jamaah ini ialah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka serta mengangkat darjat mereka untuk menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, agar wanita-wanita Islam dapat menjalankan peranan wanita dengan mengikut contoh wanita salafus soleh.
Dengan itu mereka berkeyakinan umat Islam akan dapat dibangunkan semula dan negara Islam akan dapat ditegakkan dengan lelaki yang dididik oleh wanita yang bernaung di bawah Al-Quran dan As-Sunnah. la berjuang meletakkan wanita sebagai ibu yang dapat mendidik rijal (pejuang) untuk membangunkan Islam.
Ketika itu proses pembaratan sedang hebat berlaku di Mesir. Kemasukkan sosial budaya barat sedang berlaku dan terus melanda budaya umat Islam — pakaian, tingkah laku dan pemikiran mereka sedang hanyut dalam budaya Barat yang menunju ke arah kehancuran. Inilah dia belenggu sekularisma. Zainab Al-Ghazali berjuang membebaskan belenggu sekularisma ini.
Beliau sangat yakin bahawa masa depan umat ini bergantung kepada peranan ibu-ibu, oleh kerana itu gerakan beliau ini antaranya untuk memberi pimpinan yang wajar pimpinan Islam kepada wanita Islam. Untuk melahirkan rijal, tenaga lelaki yang bersedia menjualkan dirinya untuk Islam.
Mula ditahan dalam tahun 1965, ketika itu usianya sekitar 44 tahun. Akibat dari penyeksaan yang dahsyat yang ditanggungnya dalam tahanan ketika diambil statement oleh pendakwa, mereka menyangka umurnya lebih 90 tahun, pada hal umurnya ketika itu 44 tahun — menunjukkan betapa beratnya seksaan yang dilakukan oleh rejim Jamal Abdel Nasser. Zainab telah di tangkap oleh rejim Jamal Abdul Naser dan dikenakan siksaan yang amat berat. Kisah siksaan ini telah beliau rakamkan dalam buku bertajuk ‘hari-hari dalam hidupku’ boleh la cari buku ni, untuk kisah lebih lanjut. Setelah dibebaskan dari tahanan, beliau menjadi tenaga pengajar dan menghasilkan karya-karya mengenai wanita bagi majalah Al-Dawah. Beliau meninggal dunia pada 8 ogos 2005. Al fatihah untuk beliau, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin…

Tuesday, December 22, 2009

GOTONG ROYONG NISA' WM

Pada 5 Disember yang lalu, Nisa Wangsa Maju telah turun padang ke rumah makcik Teh di Flat sri Kedah untuk aktiviti Gotong Royong. Alhamdulillah kami seramai 8 orang telah dapat meluangkan masa membantu makcik. Kalau di ikutkan, tidak lah sebesar mana usaha yang kami lakukan, namun di kesempatan ini, kami berharap juga dapat mengembirakan makcik Teh yang
sudah berusia, sambil-sambil tu ianya sebagai aktiviti senaman yang menyihatkan.Dan yang menariknya, ada sahabat nisa kami yang menyediakan nasi goreng buat kami. Erm..sedap betul masakannya…penuh kasih sayang gitu. Terima kasih sahabat.Kepada sahabat-sahabat yang ingin melakukan kerja-kerja amal, bolehlah menghubungi kami untuk menyertainya. Kadangkala, kita tak mampu membantu orang dari segi kewangan, namun tenaga yang Allah beri, gunakanlah kearah kebaikan. Bak kata pepatah, erti hidup pada memberi..
sekian, wassalam.


Wednesday, November 18, 2009

Mengenang Hari Kewafatan Sayyidah Zainab Binti Ali.....

Sayyidah Zainab adalah seorang perempuan mulia. Seorang perempuan yang ketika gelombang musibah besar menimpanya, dia tetap tidak melupakan Tuhan dan sama sekali tidak beranjak dari keyakinannya. Tidak sedetik pun dia ragu dalam mengemban tugas penyampaian risalah Ilahi. Perempuan mulia itu adalah Sayyidah Zainab s.a. Dialah yang menyampaikan pesan kebangkitan Imam Husein kepada dunia dan hari ini umat Islam merasa bangga untuk meneladaninya.

Ketika manusia menggunakan usianya untuk menegakkan kebenaran dan nilai-nilai ilahiah, ia akan menjadi abadi dalam sejarah. Jalan dan cara yang ditempuhnya akan menjadi ilham buat generasi berikutnya. Oleh karena itulah, kita menyaksikan hari ini nama Zainab dan kehidupannya amat meninggalkan pengaruh dalam kehidupan manusia.Karin, seorang perempuan Jerman telah memilih nama Zainab setelah dia memeluk agama Islam. Ketika ditanya mengenai motifnya dalam memilih nama tersebut, ia berkata, "Kisah kehidupan Rasulullah SAWW dan Ahlul Bait senantiasa menarik perhatian saya. Khususnya, dalam riwayat kebangkitan Imam Husein a.s., ketokohan Zainab benar-benar memiliki keistimewaan khusus.
Pengorbanan perempuan suci ini dalam menanggung duka kesedihan akibat kematian saudaranya dan juga orang-orang yang disayanginya sangatlah layak dipuji dan diteladani. Meskipun menderita duka lara yang amat dalam, beliau tetap teguh menyampaikan risalah kebangkitan Imam Husein a.s. Kehidupan Zainab memberikan pelajaran dan keteladanan untuk saya. Setiap kali saya berhadapan dengan masalah, saya segera teringat kepadanya. Nama Zainab memberi ketenangan yang khusus bagi saya ketika saya berada di puncak kesulitan. Itulah sebabnya saya memilih nama Zainab untuk diri saya."

Zainab dibesarkan oleh ayahnya yang pemberani Imam Ali a.s. dan ibunya yang suci, Fatimah Az-Zahra. Para sejarawan mengatakan Zainab mewarisi keberanian, kepahlawanan, dan kefasihan dalam berbicara dari ayahnya Imam Ali a.s. serta kebaikan, kelembutan, dan pengorbanan dari ibunya Fatimah Az-Zahra. Zainab sejak kecil senang belajar dan menuntut ilmu pengetahuan. Kecintaannya kepada ilmu inilah yang menyebabkan dia mempunyai pandangan yang mendalam dalam ilmu dan makrifat Islam.

Perempuan agung ini juga aktif dalam mendidik agama kaum muslimah di zamannya. Banyak kaum muslimah pada era itu yang berhasil mencapai tahap tinggi spiritual setelah belajar dari Sayyidah Zainab. Kehidupan Zainab dibaktikannya untuk menyebarkan ajaran dan makrifat tauhid dan untuk melaksanakan tanggung jawab sosialnya. Dengan keikutsertaannya dalam kisah kepahlawanan terbesar dalam sejarah umat manusia, yakni kebangkitan Imam Husein a.s. di Padang Karbala, Sayyidah Zainab telah memainkan sebuah peran yang abadi.

Siapapun yang pernah mendengar peristiwa tragedi Karbala dan mendengar nama Zainab, akan menyimpulkan bahwa dalam tragedi ini, beliau adalah seorang guru yang sabar serta seorang jururawat yang penuh perhatian. Dia juga turut memperkokoh jiwa lasykar Imam Husein, merawat yang luka mereka, dan memberi obat penawar kepada hati yang terluka. Dalam kondisi yang sedemikian tegang dan penuh kesengsaraan di tengah Padang Karbala, ia tetap tekun berdoa dan bermunajat kepada Tuhan di tengah malam. Imam Sajjad a.s. pernah berkata, "Aku melihat bibiku melakukan sholat dalam keadaan duduk karena tengah menanggung kelaparan yang amat sangat."

Periode penyampaian risalah yang amat berat yang diemban oleh Zainab bermula ketika tragedi di Karbala terjadi. Tragedi ini secara lahiriah berakhir dengan kesyahidan Imam Husein a.s. Namun, Sayyidah Zainab tidak membiarkan kesyahidan Imam Husain lenyap dan dilupakan begitu saja oleh umat manusia. Beliau menjalankan peran sebagai penyampai risalah perjuangan Imam kepada umat manusia.
Sayyidah Zainab secara berani mempertahankan hak-hak Ahlul Bait Rasulullah dan sama sekali tidak membiarkan musuh menggunakan tragedi Karbala bagi keuntungan politik mereka. Dalam peristiwa Karbala, Yazid dan pendukungnya menyangka bahwa mereka telah sukses dalam mengalahkan Ahlul Bait. Tetapi ketika para tawanan Ahlul Bait tiba di Kufah dari Karbala, lewat khutbah terkenalnya, Sayyidah Zainab menyingkap identitas Yazid sehingga menguncang rakyat Kufah dan Syam. Mereka yang selama ini tidak mengenal hakikat Ahlul Bait merasa menyesal dan mengalirkan air mata

Zainab senantiasa mengingatkan manusia kepada tanggung jawab mereka terhadap agama yang telah dibawa oleh Rasulullah dan juga keharusan mereka untuk menjadi penganut agama yang suci dan ikhlas.

Meskipun Zainab tidak menjalani kehidupan yang lama setelah tragedi Karbala, tetapi dalam masa singkat itu dia sempat menyemai benih-benih kesadaran dan kemuliaan Islam ke seluruh dunia. Srikandi ini meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 62 Hijriah.

Berikut ini adalah petikan pidato bersejarahnya di hadapan Yazid yang memperlihatkan kefasihan dan keberanian beliau. "Aku bersumpah dengan nama Allah, bahwa aku tidak takut kepada siapapun kecuali Allah dan hanya kepada Allahlah tempat aku mengadu. Wahai Yazid, engkau bisa melakukan segala tipu daya, tetapi ketahuilah engkau tidak akan mampu untuk menghapuskan kenangan atas kami dan jalan kami."

Friday, November 13, 2009

Rahsia Di Sebalik Tauge....

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus.
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL. .
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.
Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari

FROM: DR NIK MOHD KAMAL