Followers

Sunday, April 25, 2010

PETUA MENCUCI HATI

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.


5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari

Monday, April 12, 2010

KITA KE TALKSHOW PULAK YER.....

Wednesday, March 31, 2010

JOM UJI BAKAT .....

Doa Untuk Pengantin Baru


Ya Allah…
Andai Kau perkenankan,
Kurniakanlah kepada
Pasangan Pengantin Baru Ini,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al-Qubra
Yang Kau jadikan mata air kasih Ali Karamallahu Wajhah dan Fatimah Az-Zahra
Yang Kau jadikan mahar pernikahan Abu Thalhah dan Ummu Sulaim,
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci..

Ya Allah…
Andai semua itu terlalu besar bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu…

Jadikanlah
Pasangan Pengantin Baru Ini,
Sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan,
Saling menyempurnakan di dalam ibadat,
Saling merindui syahid di jalan-Mu…

Ya Allah…
Sempurnakanlah kebahagiaan
Pasangan Pengantin Baru Ini,
Dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada-Mu,
Serta bukti pengikatan cinta kami kepada sunnah Rasul-Mu,
Sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Amin Ya Rabbal Alamin







Monday, March 8, 2010

Buat saudaraku yg dikasihi kerana Allah...

SOPAN ITU CANTIK

Wahai sahabatku, adik-adikku, untuk ingatan kita bersama...


Seindah hiasan adalah wanita solehah….Mari bersama mencari redha ALLAH