Followers

Tuesday, June 30, 2009

Allah pandang usaha lebih dari hasil...

”…............sepertimana kisah seekor burung kecil yang hanya membawa air yang sedikit dengan paruhnya demi untuk memadamkan api yang marak
menyala yang sedang membakar nabi Ibrahim…..wpun ia sedar usahanya itu pastinya tidak akan mendatangkan sebarang hasil..namun yang pasti ia tidak perlu takut seandainya ditanya oleh Allah kelak tentang apa yang dilakukan olehnya untuk menolong nabi ibrahim……..”

" The patience is beauty!!! Sabar itu Indah!!! Fasabrun Jamil…”quoted from Nabi Yaakub a.s.

Bak kata Hasan Al-banna..mujadid kurun ke-21 dalam Majmu’ Al-Rasail’ Hasan Al-Banna’
“..kita ingin umat mengetahui bahawa kita berkerja untuk mereka lebih dari kita bekerja untuk diri kami sendiri" maka oleh sebab umat islam hari ini hanya ‘menjaga tepi kain sendiri’…maka kita lupa pada saudara-saudara kita yang menderita zahir mahupun batin…walaupun kelihatan pada zahirnya tiada sebarang masalah namun ‘heart disease’ (penyakit hati) pada batinnya bisa merebak pada bila-bila masa sahaja…


seandainya tdk dirawat sepantas mungkin maka akan membawa kepada chronic Stage…dan ketika itu segalanya sudah terlambat…kerana penyakit fizikal itu deritanya hanya di dunia namun penyakit hati (batin) disebabkan oleh maksiat maka akibatnya hingga ke akhirat nanti… maka jadilah potensi Salahuddin Al-Ayubi abad ke 21 yang mampu meruntuhkan tembok2 yang memisahkan seorang Muslim dengan saudaranya yang lain…dan kemudiannya membina kembali bangunan modal insan berteraskan ‘upholding d quran n realizing d sunnah..’….atau jadilah seorang doktor yang mampu merawat penyakit batin umat dengan membawakan ilaj (ubat) yang berkapsulkan ‘..inviting ma’ruf n forbidding d mungkar’ …..”
KALAU KITA NAK BANDINGKAN PENGORBANAN KITA DENGAN PENGORBANAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT,KITA TAK DAPAT TIRU WALAU SEKECIL MANAPUN.TAK KORBAN APAPUN.ANGGAPLAH INI ADALAH SEDIKIT SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM YANG KITA CINTAI.MAKA,TETAPKAN HATI DAN KONSISTEN DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH…..

Maka tanggungjawab ini perlu di galas demi meneruskan cinta Rasulullah….jangan pernah mendambakan pada hasil yang banyak…yang penting adalah usaha….kerana pemberi hidayah bukanlah kita tetapi Allah…walaupun hasilnya belum pasti namun sekurang2nya kita sudah berusaha…..moga2 usaha kita diberkati dengan berlandaskan jalan salafussoleh… menjadi pelepas tanggungjawab di akhirat kelak,,,insyaallah..

Friday, June 26, 2009

Mini Karnival Sukan Setiajaya

21 Jun 2009 yang lalu, telah berlangsung Mini Karnival Sukan bertempat di Kg setia Jaya wangsa Maju. Karnival ini dianjurkan oleh KAFA Setia Jaya di Bantu oleh Nisa’ Wangsa Maju dan DPP Wangsa Maju. Antara matlamatnya adalah meraikan pelaja-pelajar KAFA dan mengumpulkan penduduk setempat dengan penyertaan aktviti-aktiviti sukan yang disediakan.

Karnival yang bermula pada jam 9 pagi dengan perasmian dan sarapan pagi. Kemudian acara Explorace untuk remaja lelaki dan perempuan yang berumur 10-17 tahun di mulakan. Explorace ini dijalankan di sekitar kawasan kampung dengan 7 pit stop yang di jaga oleh Fasi.

Klu-klu di berikan kepada peserta dan tugasan yang pelbagai di sediakan di setiap pit stop. Sementara itu juga aktiviti kanak-kanak dan dewasa berlangsung di dewan dan luar dewan. Bagi meraikan kanak-kanak, aktiviti mewarna dan sukaneka di adakan. Bagi kategori dewasa pula permainan seperti dam haji, dart, batu seremban dan congkak.


Permainan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari penduduk setempat. 2 acara penutup karnival ini ialah acara kukur kelapa bagi kaum wanita dan tarik tali dari kaum lelaki. Karnival tamat dengan penyampaian hadiah-hadiah dan tayangan montaj nisa. Makan tengahari juga disediakan bagi mereka yang terlibat.Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Karnival ini.

Nisa Wangsa Maju mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan nisa’ disamping mencari ahli-ahli baru yang berminat menyertai Nisa di masa akan datang di sekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur .Nisa’ juga sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama program yang boleh memanafaatkan remaja dan islam.

Wednesday, June 24, 2009

Kerja Kosong...

1. Jawatan kosong Yayasan Kebajikan Negara Malaysia
Tarikh tutup 15 Julai 2009

Calon-calon yang berkelayakan ditawarkan untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-

Jawatan (Gred):
1. Pegawai Eksekutif (Gred L41)

Jadual Gaji :
P1T1 RM1989.45 - P3T24 RM5274.82

Syarat Lantikan :

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diterima diiktiraf setaraf dengannya; atauLulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) ; dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM ataukelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penempatan (Kekosongan)-Kuala Lumpur

Taraf Jawatan (1)- Kontrak

Cara Memohon:Calon yang berminat boleh mengemukakan resume kepada :-
Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Kebajikan Negara, MalaysiaTingkat 20,
Menara Tun Ismail Mohamed Ali,Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

2.Jawatan kosong Unit Perancang Ekonomi Negeri johor (UPENJ)
Tarikh tutup 15 Julai 2009

Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan di UPENJ seperti berikut:

1. Pegawai Pembangunan Masyarakat (Gred S41)
2. Penolong Pegawai Penyelidik (Gred Q27)

Taraf jawatan: Kontrak

http://www.johordt.gov.my/bm/site/lanjutan/jawatan_kosong_unit_perancang_ekonomi_negeri_johor_upenj1/

3.Jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tarikh tutup 6 Julai 2009

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:

1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4. PEGAWAI TADBIR N41
5. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41
6. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
7. PUSTAKAWAN S41
8. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
9. PEGAWAI PSIKOLOGI(KLINIKAL) S41
10. PEGAWAI OPTOMETRI U41
11. JURU X-RAY U41
12. PEGAWAI KEBUDAYAAN B31
13. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
14. PEMBANTU TEKNIK J29
15. PEMBANTU PERUBATAN U29
16. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
17. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
18. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
19. PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN S27
20. PENOLONG AKAUNTAN W27
21. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
22. JURUTEKNIK J17
23. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
24. PENYELIA ASRAMA N17
25. PEMBANTU TADBIR (S) N17
26. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
27. PEMBANTU MUZIUM S17
28. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
29. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
30. PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
31. TUKANG K2 R11
32. PEMANDU KENDERAAN R3
33. ATENDAN KESIHATAN U3

http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm

4.Jawatan kosong Balai Seni Lukis Negara .
Tarikh tutup 4 Julai 2009

Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan sedang membuat pengisian bagi beberapa jawatan seperti berikut;

1.KURATOR GRED S41 - KONTRAK
2.AKAUNTAN GRED W41 - KONTRAK
3.PEGAWAI TADBIR GRED N41 - KONTRAK
4.PENOLONG KURATOR GRED S27 – KONTRAK

http://malaysiancareer.com/

5.Jawatan kosong Ministry Of Tourism Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia)
Tarikh tutup 3 Julai 2009

Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, KPL sedang mencari calon Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi memenuhi tuntutan kerja dalam bidang Grafik dan Seni Reka. Kriteria bagi calon-calon PKS adalah seperti berikut:

Jantina : Lelaki / Perempuan
Umur : 18 tahun ke atas
Kelayakan : Diploma dalam bidang Multimedia ATAU Seni Grafik Komputer ATAU Sains Komputer ATAU kelayakan yang setaraf dengannya serta mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka grafik komputer.
Gaji : RM 56.65/sehari (bekerja hanya selama 5 jam sehari dan 5 hari seminggu)
Kontrak : 6 bulan

Senarai Tugas:
-Menjalankan kerja-kerja melibatkan perekaan logo, banner, poster, atau grafik komputer bagi tujuan percetakan.
-Membantu dalam urusan penyelarasan dan pengurusan acara yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelancongan.
-Membantu kerja-kerja percetakan risalah, buku panduan, buku statistik dan lampiran berita melibatkan aktiviti/ program yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelancongan
-Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia di talian 03-2696 3233 dan resume boleh dihantar melalui emel :
ahmadsyah@motour.gov.my atau fax : 03-2693 7451/ 2297.

Temuduga akan dijalankan setelah calon disenarai pendek. Permohonan yang tidak memenuhi kriteria seperti di atas tidak akan dilayan.

6.Jawatan kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Tarikh tutup 30 Jun 2009

jawatan - Kerani Am

Kelulusan sekurang-kurangnya SPM-
Sekurang-kurangnya berkemahiran mengguna aplikasi komputer Ms Word, Excel, Pagmaker & Powerpoint.- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan manyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, dan salinan sijil kepada

Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91,Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92895757

~Semoga dipermudahkan segala usaha olehNYA~

Monday, June 22, 2009

Bulan Rejab.....


Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rejab
Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.


1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam.

Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm

Untukmu Wanita.........

Wanita yang aku sayangi
Adalah pencinta tuhannya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang menguasai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir....

Wanita yang aku rindui
Adalah wanita yang dimata dan wajahnya
Terpancar sinar Nur Illahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Di sudut hati kecilnya
Sentiasa membesarkan Allah
Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Penduduk langit dan bumi
Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan hatiku yang telah jauh
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
Namun aku tidak ada di sana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia

Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Yang tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuangan di belakang hari

SesungguhnyaWanita yang selalu berada di dalam doaku
Adalah diriku,dirimu dan seluruh kaum Hawaku ....
Jadilah kita...
WANITA "Mujahidah" yang diimpikan itu!

Monday, June 8, 2009

Moga Allah Memberkatimu....

Aisyah r.a. menjelaskan,“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad)

Salam mahabbah buat AJK NWM, Hariri Haisyami yang telah selamat bergelar seorang isteri pada 6 Jun 2009.Hariri merupakan salah seorang AJK Unit Khidmat Kaunseling pada sesi NWM yang lalu.

Semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan yang dibina demi mencari redha Allah S.W.T.Harapan kami, moga Hariri menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah serta terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau di mana berada.
Senyum ceria bergelar zaujah..
Tahun ini melakar sejarah yang tersendiri kerana 3 orang AJK NWM telah bergelar isteri. Status cik telah berubah kepada Puan, dan juga pelbagai amanah akan bertambah....Menjadi seorang isteri kepada suami, seorang menantu kepada mertua , saudara ipar duai dan bakal menjadi seorang ibu....nenek...Insyaallah, segalanya datang dari Allah dan moga Allah merahmati pasangan-pasangan ini..

Moga kalian tidak akan melupakan Nisa` Wangsa Maju.Pahit manis perjuangan telah kita tempuhi bersama-sama..Ukhuwah fillah abadan abada...

Dan kepada bakal mendirikan masjid...

Ibnu Mas`ud pernah berkata , "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan "

Beramal kerana Allah...

"Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik"
Surah Al-A`raf : 56

Dalam persidangan Muktamar DMPP kali ke 49 yang lalu, sebahagian AJK NWM telah terlibat dalam memikul tugas sebagai AJK Bentara.Kami ditugaskan sebagai pemudahcara kepada perwakilan-perwakilan yang datang dari seluruh negeri. Sebahagian daripada perwakilan negeri

Banyak pengalaman berharga yang kami dapat melalui tugas yang agak mencabar ini, dari pagi hingga ke lewat malam.Di samping mengeratkan lagi ukhuwah antara kami, sifat sabar dan ikhlas menguji kami untuk terus beramal kerana Allah hingga ke hujung muktamar.

Alhamdulillah, walaupun sedikit kepenatan, pengalaman yang berharga ini akan kami simpan di dalam memori yang penuh dengan 1001 kenangan.Moga amal yang dilakukan akan menjadi bekalan di akhirat nanti.Insyaallah.

JEMAAH ITU BERKAT, PERPECAHAN ITU AZAB

Monday, June 1, 2009

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

Sekumpulan bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing.

Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyentuh kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik.

Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata:

Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu.

Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.

Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

1) Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan keseronokan atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

2) Kita terlalu banyak komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

3) Kita terlalu mengejar kemewahan dan kemegahan hidup sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini adalah untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.

Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ‘Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak’.