Thursday, August 27, 2009
Thursday, August 20, 2009
Rahsia dan Kemanisan dalam Ibadah Puasa
Amalan itu adalah ibadah puasa. Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT. Rasulullah saw. Bersabda : “Puasa adalah separuh kesabaran.”(HR. Tarmizi & Ibn Majah)Firman ALLAH : “Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.”( Az-Zumar : 10 )
Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa ibadah puasa itu melebihi dari batas perkiraan atau hitungan.
Untuk mengukuhkan lagi keterangan di atas kita perhatikan pula hadis Rasulullah saw : “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu disisi ALLAH adalah lebih harum dari minyak kasturi”.
ALLAH berfirman : “Bahawasanya orang itu suka meningalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya”.( Bukhari & Muslim )
ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya”.( HR.Bukhari & Muslim )
Firman ALLAH yang maksudnya : “Seorang pun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.( As-Sajadah : 17 )Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat di atas ialah orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang berpuasa itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung.
Justeru itu tidak dapat dikira atau dibayangkan tentang besarnya pahalanya, kerana ibadah puasa itu memang di khaskan untuk ALLAH. Adapun penyebabnya, maka puasa mendapat keistimewaan sebagaimana yang dijelaskan adalah :
1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata untuk melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat, sedangkan nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman .
Jadi usaha untuk melawan musuh ALLAH, adalah sebagai salah satu jalan untuk menegakkan agama. Datangnya pertolongan ALLAH itu pun bergantung kepada pengabdian manusia kepada-Nya, sebagaimana firman ALLAH maksudnya :
“Apabila kamu menolong ALLAH (menolong memajukan agama ALLAH), maka ALLAH juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu)”. ( Muhammad : 7 )
Dari keterangan di atas, maka jelaslah oleh kita bahawa puasa adalah merupakan pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng. Kerana sangat besarnya keistimewaan dan keutamaan dari ibadah ini, sehingga mencapai tingkatan yang setinggi-tingginya, maka sangatlah perlu untuk diketahui apa-apa sahaja syarat-syarat lahiriah dan batiniah dari ibadah tersebut.
Monday, August 10, 2009
INFO INFLUENZA A (H1N1)
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan http://www.who.int/.
3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak
6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
- SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
- Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun. - Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut. - Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
- Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.
7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
- Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. - Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.
8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
- Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
- Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan. - Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak. - Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil. - Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.