Followers

Monday, August 10, 2009

INFO INFLUENZA A (H1N1)

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.


2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan
http://www.who.int/.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.


4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

  • SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.

  • Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
    atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
    dengan air dan sabun.

  • Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
    menyentuh mata, hidung dan mulut.

  • Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.

  • Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
    kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

  • Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
    dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.

  • Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
    lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

  • Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.

  • Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.

  • Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
    kemungkinan jangkitan.

  • Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
    tempat awam yang sesak.

  • Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
    yang perlu diambil.

  • Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
    dan lakukan aktiviti fizikal.

0 comments: