Followers

Tuesday, September 29, 2009

Salam Barakah Buatmu...

“ Dan di antara tanda-tanda Kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dengannya, dan dijadikan- Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang Mengetahui”(Surah Ar Rum : 21)
Salam Barakah buat AJK Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa` Wangsa Maju, saudari Wan Anis Masila yang selamat diijabkabulkan pada 5 Syawal lalu.Semoga Allah merahmati dan memberkati Anis dan suaminya, Muhammad Nuruldin.Moga ikatan perkahwinan yang terbina dapat mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.

Salam Barakah daripada kami, Nisa` Wangsa Maju...

Renungan bersama :Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :“Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepadanya, Masuklah ke dalam syurga pintu mana sahaja yang yang engkau suka. ”(Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)

1 comments:

cocotte said...

Assalamualaikum,

Tahniah buat Anis. Tak sangka saya boleh jumpa dia kat sini. Kalau boleh saya nak mintak jasa baik sesiapa di sini utk bagi contact either email@facebook@ no fone Anis. Dia rakan 1 sekolah rendah saya.-fariani ZS 92-97-