Followers

Tuesday, October 11, 2011

Maan Najah untuk peperiksaan :)

Assalamualaikum wbt Teman-teman yang dikasihi sekalian,

Walaupun agak terlewat, tapi orang kata Better Late Than Never kan? Maka, kami di Nisa' Wangsa Maju ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca terutama bagi mereka yang menduduki peperiksaan awam tahun ini.

Kami mendoakan yang terbaik buat kalian semua. Ha...ada banyak sangat tips menghadapi peperiksaan yang boleh di Google tapi di sini sekadar nak share 1 saja. 1 tips yang inshaAllah cukup hebat dan berkesan :)

Iaitulah, berusaha & berdoa. Sebagai umat Islam, kita dikurniakan senjata yang cukup ampuh iaitu Doa. Berdoalah kepada Allah yang Maha Pemurah agar dikurniakan rezeki yang terbaik dalam keputusan peperiksaan. Doa mesti diiringi dengan kekuatan usaha. Sebabnya, tak mungkin dengan hanya duduk sahaja, akan beroleh Straight A's kan. Usaha dan doa harus bergerak hand-in-hand :)

Selamat meneruskan & meningkatkan usaha & doa!! :)






0 comments: