Followers

Thursday, February 16, 2012

Our Mahabbah Circle :)

Alhamdulillah, semalam kami, team members Nisa' Wangsa maju dapat kumpul ramai-ramai dalam our Mahabbah Circle :)Ramai sangat yang ALLAH mudahkan untuk hadir, yang ALLAH select utk kumpul semalam di Pasti An-Nahli, Wangsa Maju. Penuh la jugak ruang utama pasti tu, tak percaya boleh tengok gambar di bawah ni :) Besar kan, ALLAHUAKBAR!




Antara pengisian menarik yang kami sharing is caring and loving semalam ialah:



1) Hadith ke 18 dari buku Hadith 40: yang membicarakan tentang hak Allah (taqwa), tentang melakukan kebaikan berturutan selepas keburukan (taubat) dan hak manusia (hubungan dengan manusia).



Kupasan menarik berkenaan Taqwa - Taqwa diibaratkan seperti berjalan di satu jalan yang penuh duri kiri kanan depan belakang. Adakah kita akan melalui jalan itu dengan sambil lewa? Pastinya tidak! Bahkan, kita akan jadi sangat cermat untuk mengelakkan dari terkena juri tajam itu. Sebab nanti sakit, nanti baju koyak dan sebagainya. Sama juga dalam melalui jalan dari dunia menuju destinasi Akhirat. Kena sangat cermat dan berhati-hati dalam menjaga diri dari melakukan perkara-perkara yang Allah tak suka atau larang.


Kupasan menarik berkenaan Taubat - Manusia fitrahnya pasti melakukan kesilapan, dan dosa. Dosa kecil boleh terhapus dengan amalan kebaikan. Tapi dosa besar hanyalah hak Allah untuk menghapuskan atau tidak, dan usaha utk beroleh ampunan itu ialah melalui taubat. Itu fitrah, tapi tak bermaksud kita boleh suka-suka hati je nak buat salah, tidak sama sekali. Yana share, "Siapa-siapa yang tak pernah buat salah, takkan merasa nikmat taubat" Ada benarnya kan :)



2) Saya Mesti Meyakini Masa Depan Saya Gemilang Dengan Islam - Dari buku karangan Dr Fathi Yakan. Kupasan sungguh-sungguh menarik dan panjang lebar dari Kak Yah, dan Madam Su :) Panjang lebar dan Alhamdulillah merangkumi sesi muhasabah. Persoalan yang perlu kita sentiasa tanya dan jawab ialah Masa Depan kita kalau bukan dengan Islam, apakah akan gemilang? Sedang Allah sudah janjikan hanya Islam lah agama yang Allah redha. Jom sama-sama amalkan Islam secara total :)


3) Isu semasa : Perihal kewangan dan pelaburan Islam (i.e. Takaful, dinar emas) dari Faizah dan Kak Yah memang memberi dimensi baru dalam perbincangan. Nampaknya ramai yang berminat tentang kewangan Islam ini, riuh dan meriah semua orang nak bagi pandangan dan pengalaman. terbaik! Juga dibawakan kami menyoroti perihal Syria, apa yang sebenarnya di sebalik apa yang berlaku kini di sana. Homework kepada kami semua utk make ourselves well versed tentang isu di Syria ini. Mari semua kita buat Homework :)




Sekian dulu sharing dari team Nisa' Wangsa Maju. Nanti kami share lagi ya.





Kalau ada yang berdekatan dan nak join kami sekali, jom la :) Hubungi kami ye. Di sini (letak komen) atau di Facebook kami (Nisa' Wangsa Maju)

5 comments:

simpleshida said...

salam singgah.. wahh!! alhamdulillah.. circle mahabbah yg besaq ;) moga terus lagi dgn bulatan-bulatan big..big ...

salam juang.. min ss | Nisa' Serdang :)

raudhatul jannah said...

http://saifulislam.com/?p=2579

Unknown said...

Salam nisa', sy berminat untuk menghadiri usrah seterusnya sekiranya tiada aral insyaAllah.

Hani Sabrina Zulkafli said...

kak ss: TQ kak. sama-sama kita bermahabbah :)

||kiena|| : jemput datang ye :) InshaAllah biasanya kami berusrah hari Rabu minggu ketiga. Roger k. Kalau boleh, inbox contact number di FB kami ya :)

Unknown said...

salam hani, ni alamat email: sakinaadam{at}gmail.com. sy tak dapat private msg di fb nisa.