Bidadari dunia ialah wanita solehah yang sifatnya menjaga pergaulan, tidak menjerumus dirinya ke dalam perkara-perkara maksiat dan sentiasa mendekati Al Quran. (membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan AL Quran)
Tips menjadi seorang bidadari : )
- SKIM -
S - Sikap Bidadari yg sentiasa positif. Positif dalam mengisi dunia demi akhirat yg cemerlang. Always be prepared untuk masuk syurga sebelum nyawa dicabut...
K - Kemahiran harus ditingkatkan i.e. kemahiran kewanitaan, keisterian, keibuan. Bina Kekuatan rohani dibina melalui munajat kepada Allah. Kemahiran mendoakan dengan Doa yg baik. I.e. Surah Al-Hajj ayat 21 (utk anak-anak). Surah Yassin ayat 9 (baca sebelum kluar rumah, mntk Allah lindungi diri kita dan keluarga kita)
I - Imej. Menutup aurat dengan sempurna. Memahami hakikat dan tuntutan menutup aurat. Tak mahu menutup aurat semata-mata tapi tak solat. Solat wajib. Wanita sekarang yg mahu jadi bidadari kena solat. Pelihara imej dgn jaga apa yg kita lihat, dengar dan fikir
M - Motivasi. Surah Al-Ansr. Hargai masa sebaiknya. Bidadari tidak boleh tidur lepas subuh kerana menjadikan rezeki kurang. Bila tak tidur, kita boleh isi masa dgn perkara berfaedah iaitu membaca alQuran. Motivasi diri untuk mengingati mati.
Bidadari sekalian....sentiasalah ingat 3 perkara yang berguna setelah kita meninggal nanti iaitu Anak yang soleh dan solehah, Ilmu yang dimanfaatkan, Amal jariah sedekah yang dilakukan.
Sekian dulu nota pendek, sharing kepada semua. Jutaan terima aksih buat semua bidadari yang telah hadir dan kepada yang tak dapat hadir, kita jumpa lagi di Talkshow akan datang.
Moga bermanfaat & Selamat Menjadi Bidadari Di Dunia dan Akhirat sana.Insyaallah
With lots of love,
- Nisa' Wangsa Maju -