Followers

Thursday, February 13, 2014

Talkshow Nisa': "Sebenarnya, Saya Bidadari itu" :: 16 Februari 2014 (Ahad)

Assalamulaikum wahai bidadari-bidadari dunia akhirat :),


InsyaAllah kami di Nisa' Wangsa Maju berbesar hati untuk menjemput semua muslimin dan muslimat ke talkshow dengan tajuk yang cukup menarik! Jom sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengisian sebagai muslimat idaman syurga dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup sepenuhnya. Jangan lupa temu janji kita ya! :) see you...

Maklumat lengkap berkenaan talkshow tersebut seperti di bawah:
 

Thursday, January 30, 2014

JOM HIDUPKAN SUNNAH!

Sunnah Rasulullah S.A.W – Berwangi-wangian

Adalah sunnah bagi kita mengenakan wangi-wangian sepertimana yang diriwayatkan oleh Al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud 
"Empat perkara daripada sunnah rasul-rasul iaitu : Malu, Berwangi-wangian, Iwak dan Nikah"
WANGIAN RASULULLAH
Wangian Kasturi adalah wangian kesukaan Baginda Rasulullah S.A.W sepertimana sabda Baginda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Sebaik-baik wangian adalah wangian kasturi" (Hadith riwayat Muslim)
Wanita dan minyak wangi??
Jika untuk dipakai diluar rumah maka hendaklah dengan wangian yang tidak kuat baunya yaitu wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu barulah didapat akan baunya.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah berkata "Minyak wangi untuk lelaki adalah yang harum baunya dan tersembunyi warnanya. Manakala minyak wangi untuk wanita adalah yang warnanya kelihatan dan tersembunyi baunya.

Wangian yang kuat hingga orang2 dapat mencium wanginya itu dengan hanya ia lalu sahaja dihadapan orang maka hukumnya adalah haram.
Jika di pakai didalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Dan jika disuruh oleh suaminya maka menjadi wajib pula ia memakai wangian tersebut
Jom bersama-sama kita hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W..

Monday, July 16, 2012

Kem Al-Quran: Warming Up Ramadhan

Assalamualaikum wbt


Semalam kami ada Kem Al-Quran Nisa' Wangsa Maju bertempat di Masjid Usamah, Wangsa Maju bermula jam 9.00 pagi sampailah 4.00 petang. Alhamdulillah.


Walaupun kehadiran peserta tak lah seramai mana, tapi Alhamdulillah program dapat diteruskan seadanya. Majlis ilmu atau taman syurga (Raudhah) ini tak kisah kehadiran seramai mana pun, kalau di dalam majlis ini membawa kita mengingati Allah, pastinya ramai malaikat yg hadir bersama. InshaAllah.


Program dimulakan dengan pendaftaran dan makan-makan. Ada peserta yang belanja makan roti canai yang sedap, Subhanallah wa Alhamdulillah. Lepas dah kenyang perut, maka mula lah pengembaraan kami mencari pengisian rohani pula :)



Diteruskan dengan slot Al-Quran di Hati Ku, iaitu berupa eksplorasi Al- Quran. Para peserta di berikan soalan-soalan berkaitan al-Quran kebanyakannya ialah pengetahuan am berkaitan Al-Quran. Ianya adalah untuk memberikan kesedaran dan muhasabah kepada peserta, Sebenarnya sejauh mana kita mengetahui tentang Al-Quran. Alhamdulillah semua peserta dapat melaksanakan tugasan masing-masing dengan jayanya.


Kemudiannya, masa diisi dengan pengisian ilmu yang sangat best dari Ukhti Syarifah Durrah yang menyampaikan tazkirah berkaitan Cinta Pada Al-Quran. Kami dihidangkan dengan Tanda-tanda Cinta pada Al-Quran, Cara mengingati Al-Quran, dan juga doa-doa. Alhamdulillah wa InshaAllah, sangat terkesan di hati semua yang mendengar. Masing-masing memuhasabah sekukuh mana sebenarnya relationship diri dengan al-Quran.


Selepas itu ialah slot tadarus & perkongsian tentang hukum tajwid dalam alQuran. Kami juga saling mengaminkan doa dari semua yang hadir yang telah ditulis dalam kertas kertas. Selepas itu kami beramai-ramai konvoi ke Radix Fried Chicken, cawangan Setiawangsa untuk makan tengah hari bersama. Besttt!
Kesimpulannya, memang best lah sehari kami spend masa bersama dalam Kem AQ Nisa' Wangsa Maju ini. Tak terasa masa berlalu...cewwah :)


Okay lah, sekarang ini jom teruskan warming up untuk Ramadhan.

Tak lama dah lagi.

Hari ini Isnin, esok Selasa, kemudian Rabu Khamis dan

Jumaat malam inshaAllah dah nak mula solat terawih.

RInduuu nya kan!


Selamat menghadapi Ramadhan.

Jom lumba-lumba rebut semua kebaikan dalam Ramadhan nanti.

Azamkan & bertindak :)

Monday, July 9, 2012

Jom ke KEM AL-QURAN NISA'


NISA' WANGSA MAJU 
membawakan kepada anda semua

KEM AL-QURAN
khusus untuk wanita berumur 15-40 tahun

Jom Sertai Kem ini & Sama-sama kita hayati keindahan Al-Quran
(^_^)v

Thursday, March 22, 2012

Keputusan SPM 2011 - Jom bersyukur :)

Alhamdulillah. Akhirnya yang dinanti-nanti telah pun keluar, iaitulah keputusan peperiksaan awam SPM 2011. Hilang sudah semua debaran, habis sudah phase “susah nak tidur” sebab teringatkan apalah keputusan nanti :)



Tahniah buat semua adik yang telah mengambil keputusan masing-masing. Apa jua keputusan pun, kami Nisa’ Wangsa Maju ucapkan sekalung tahniah kepada adik-adik. Sebab nya, adik-adik telah pun melepasi satu phase yang penting dalam hidup adik-adik. Selepas ini, masuk ke alam universiti/kolej pulak kan. Lain suasananya berbanding alam persekolahan. Jadi, kepada semua adik-adik, pandang ke depan dan move forward.

Yang paling penting, mari kita sama-sama bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Sebab Allah cakap siapa yang bersyukur, akan diganda-gandakan lagi nikmat. Haa….menarik kan :) So, jom bersyukur!


“Lainsyakartum laaziidannakum walainkafartum inna ‘adzaabii lasyadid”
“Jika kalian bersyukur pasti akan Aku tambah nikmat Ku kepadamu tetapi jika kalian kufur sesungguhnya adzab-Ku amat pedih (14:7)



Lepas SPM ni masih banyak lagi ujian/peperiksaan yang adik-adik bakal hadapi. So, meh kita bersyukur sejak sekarang lagi supaya esok-esok Allah gandakan nikmat bagi kita. The more nikmat, the more syukur. The more syukur, the more nikmat. It’s an endless cycle :)



Sekian, Nisa’ Wangsa Maju mengucapkan sebanyak-banyak tahniah buat semua adik!

Thumbs up to all :)