Followers

Wednesday, May 6, 2009

Lahirnya seorang mujahid...

senyuman bakal mujahid


Berita kelahiran seorang bakal mujahid Islam membawa hati-hati kami untuk pergi ke Gombak Medical Centre (GMC). Melihat sendiri wajah bayi yang suci bersih dari noda dan dosa. Dan juga wajah seorang ibu yang melakukan pengorbanan yang tak ternilai harganya dalam mengandungkan seorang anak selama 9 bulan 10 hari.Serta tak lupa juga kepada seorang bapa yang memberi motivasi dan semangat buat isteri tercinta……Tahniah buat mantan Ketua Nisa` Wangsa Maju, Puan Zarina Amri Shahidin & suami tersayang, Ustaz Amran yang telah mendapat cahaya mata lelaki pada jam 12.30 tengahari, 5 Mei 2009.

Walaupun team Nisa` Wangsa Maju keletihan sebab masing-masing baru balik dari tempat kerja, namun keletihan terubat bila melihat wajah bersih dan suci seorang bayi. Alhamdulillah, bayi lelaki seberat 3 kg yang diberi nama Muhammad Luqmanul Hakim selamat dilahirkan secara pembedahan.

Disini, kami mendoakan semoga Muhammad Luqmanul Hakim menjadi salah seorang mujahid, yang bakal menyambung risalah perjuangan Islam. InsyaAllah…

1 comments:

rabiatul said...

tahniah buat kak na dan suami. Sungguh comel luqmanul hakim.

Ingatkan kakak-kakak/aunty2 nisa' yang cium luqman sampai merah-merah muka dia! rupanya kesan pinkish dari warna bunga yang menjadi latar belakang webpage.

Mungkin maksudnya di sebalik kejayaan kaum adam (luqman) ada wanita di sebaliknya (bunga@ibunya). Betulkan jika tersilap...=)

Tahniah kpd Nisa' Wangsa Maju.

~UmmiBashhaar~