Followers

Monday, June 8, 2009

Moga Allah Memberkatimu....

Aisyah r.a. menjelaskan,“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad)

Salam mahabbah buat AJK NWM, Hariri Haisyami yang telah selamat bergelar seorang isteri pada 6 Jun 2009.Hariri merupakan salah seorang AJK Unit Khidmat Kaunseling pada sesi NWM yang lalu.

Semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan yang dibina demi mencari redha Allah S.W.T.Harapan kami, moga Hariri menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah serta terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau di mana berada.
Senyum ceria bergelar zaujah..
Tahun ini melakar sejarah yang tersendiri kerana 3 orang AJK NWM telah bergelar isteri. Status cik telah berubah kepada Puan, dan juga pelbagai amanah akan bertambah....Menjadi seorang isteri kepada suami, seorang menantu kepada mertua , saudara ipar duai dan bakal menjadi seorang ibu....nenek...Insyaallah, segalanya datang dari Allah dan moga Allah merahmati pasangan-pasangan ini..

Moga kalian tidak akan melupakan Nisa` Wangsa Maju.Pahit manis perjuangan telah kita tempuhi bersama-sama..Ukhuwah fillah abadan abada...

Dan kepada bakal mendirikan masjid...

Ibnu Mas`ud pernah berkata , "Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan "

2 comments:

chedet said...

Tahniah.. Awat tak jemput dppwm sekali.. kecik ati kangg... heeee

Syahadah_Aziyati said...

terlupa nak jemput...lagi pun dppwm sntiasa kebuzyaan.takut terganggu jadual..Insyaallah, next kenduri akan di jemput.Banyak lagi kenduri bakal menanti...sabaq na..