Followers

Friday, December 24, 2010

Jom kita ke Talkshow 1/1/2011

Monday, December 20, 2010

Barakallah Intan Nadia& Khairul Anwar

Team Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan Salam Barakah buat Intan Nadia yang telah selamat mendirikan masjid pada 19 Disember 2010.

"Ke Arah Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"

SEMOGA PERKAHWINAN YANG TERBINA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH SWT

Thursday, December 16, 2010

Barakallah Dewi & Azizol


Team Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan Salam Barakah buat Dewi Soraya Bt Abdullah (mantan AJK UKK Nisa` WM) yang telah selamat mendirikan masjid pada 11 Disember 2010.

Semoga terus istiqamah bersama perjuangan Islam

SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

"Ke Arah Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"

Barakallah Ija &Suhaimi

Team Nisa` Wangsa Maju ingin mengucapkan Salam Barakah buat Noriza Bt Ariffin (AJK UPK Nisa` WM) yang telah selamat mendirikan masjid pada 11 Disember 2010.

Semoga terus istiqamah bersama perjuangan Islam

SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH SWT

"Ke Arah Sebuah Keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah"

SEKITAR HARI KANAK-KANAK ISLAM -HKKI 2010

antara ibu yg hadir mbwa anak2 ke hkki.... (",) - good support

antara peserta awal yang mendaftar- semangatnye adik2 nie..

kita warming up dengan games dulu yer..

nyanyi lagu pulak ni

grup story telling bsama akak fc yg ceria

khusyuk menulis esei-cam banyak idea tu..

skang time explorace pulak - khusyuk dengar arahan kakak

suasana di surau nurul muttaqin

ni games ape pulak..mcm ago-go jer..hehe

hah...jumpa dah makcik rozet biru...

pelbagai usia dlm grup explorace, kakak jaga adik yer

antara task dlm explorace-buat ape tu dik...?

finally -tahniah pada yang menang- tp, semua dpt hadiah... 
 






Monday, November 29, 2010

HARI KANAK-KANAK ISLAM 2010


KHAS BUAT SEMUA KANAK-KANAK WANGSA MAJU..JOM KE PROGRAM KAMI, PELBAGAI AKTIVITI BUAT ADIK-ADIK..JUMPA DI SANA...BAWA MAK AYAH.... 


Friday, November 12, 2010

Jom kita ke Talkshow- 28/11/2010

Saturday, October 30, 2010

Barakallah...

Salam barakah dan tahniah buat AJK 3N Nisa` Wangsa Maju, Normaziah Bt Che Ismail dan suaminya, Mohd Syazwan bin Murad dan juga mantan AJK UPK iaitu Haniza bt Kamyon dan suaminya Mohd Faizal bin Mohd Yassin.

Doa Buat Pengantin :
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan”

Kami Nisa`Wangsa Maju mendoakan semoga kedua-dua pasangan ini dirahmati Allah SWT dan seterusnya sentiasa mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT.Ke arah membina sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah...Insyaallah.

Semoga terus istiqamah bersama perjuangan Islam dan jangan lupakan Nisa` Wangsa Maju =)

Perkongsian berharga buat kedua-dua pengantin dan juga hadiah istimewa buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan masjid, bacalah dengan penuh penghayatan.Moga redha Allah sentiasa mengiringi kalian.....

Wasiat Ummamah pada puterinya yang bakal mendirikan baitul muslim dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Al-Harith bin Amru..

"wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga...."

1. Jalinkan hubungan suamimu dengan petuh ketaatan. Perhatikan kesukaanya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang kurang enak darimu...

2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkan dirinya kasih kepadamu.

3. Benarkanlah kata-katanya dan pendapatnya serta sikapnya selagi tidak melanggar dengan syariat yang ditetapkan ALLAH nescaya dia akan bersikap lembut kepadamu kembali.

4. Uruskanlah rumahtanggamu dengan penuh bertanggungjawab, baik dan sempurna.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suamimu.

6. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sekali bantah segala suruhannya kerana itu akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehat suamimu dengan sebaiknya, Kerana perut yang lapar akan membuatkan darah suamimu cepat naik dantidur yang tidak mencukupi akan menimbulkan keletihan.

8. Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihanmu dihadapannya..kamu mesti mengikut segala kehendak hati suamimu.

9. Hiasilah dirimu dengan baik agar dia gembira melihatmu.

10. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula buat dirimu

Tuesday, October 26, 2010

Hubungan terjalin antara Nisa` dan beliawanis

Aspek sukan dan kesihatan fizikal merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia dan remaja.
Sukan boleh menjadi antara alternatif utama dan daya penarik untuk golongan belia remaja daripada mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti gejala soaial yang tidak sihat.
Justeru itu, Y.B Dato' Dr Hasan B.Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia dengan kerjasama Nisa’ Gombak dan Nisa’ Wangsa Maju  sepakat untuk menganjurkan sebuah kejohanan bola jaring terbuka untuk golongan beliawanis.
Beliau berkata, "Penting untuk mendekati golongan tersebut kerana pada masa ini, kita lihat mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat dan amat membimbangkan apabila mereka terjebak dengan mengadakan hubungan seksual akhirnya anak-anak luar nikah dan kes pembuangan bayi juga semakin meningkat. Ini amat membimbangkan semua pihak, ujarnya.
Penglibatan mereka dengan mengadakan hubungan yang tiada batasannya dan melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat membuat ibubapa/penjaga dan guru-guru menjadi bingung apabila anak-anak mereka terlibat dengan gejala sosial yang kian hari semakin meningkat dan masih tiada formula yang ditemui lagi sehingga kini.
Oleh itu, saya dengan kerjasama Nisa' Gombak dan Nisa Wangsa Mju bersetuju untuk mengadakan aktiviti sihat ini kerana ia merupakan 1 kreativiti untuk mendekati golongan tersebut. Harapan saya agar mereka tidak terasa terasing /rendah diri apabila bertemu dengan golongan yang berpakaian muslimah dan bertudung.
Nisa' merupakan ikon muslimah yang selayaknya mendekati golongan beliawanis dan remaja kerana mereka membawa imej golongan muda dan menyebarkan dakwah secara dakwah bilhal iaitu menyebarkan dakwah dengan secara halus tanpa menyentuh hati mana-mana pihak dengan paksaan atau tekanan .
Seperti sedia maklum, golongan remaja yang semakin hari usia mereka yang semakin meningkat mereka inginkan kebebasan kehidupan dan masih mencari erti kehidupan yang sebenar.
Oleh itu kitalah yang seharusnya berperanan untuk membawa dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah swt agar mereka tidak tersasar jauh dari landasan- Nya.
Saya yakin Nisa' dan muslimah mampu membimbing mereka untuk mengikuti berbagai program tidak semestinya program agama sahaja tetapi dengan berbagai cara kerana dakwah itu boleh dilakukan dengan berbagai cara asalkan mesej tersebut sampai dan memberi kesan kepada hati mereka.

Semoga usaha yang murni ini insya-Allah beliawanis ini mampu menjadi seorang muslim yang disegani masyarakat dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt, ujarnya.
Sementara itu Pn. Nurul (Pengarah program melahirkan terima kasih kepada Y.B Dato' Dr Hasan dan semua yang telah memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan program ini.Alhamdulilah sebanyak 12 kumpulan telah menyertai perlawanan ini dengan jumlah seramai 120 orang peserta. Penyertaan pasukan tersebut terdiri daripada 6 kumpulan kawasan Gombak dan 6 daripada kawasan Wangsa Maju.
Pasukan My Tnet telah menjadi johan dengan mendapat RM700, naib johan disandang kumpulan Legend dengan hadiah wang tunai Rm 500 + medal dan sijil penyertaan, Fair Ladyz tempat ke 3 mendapat RM300, medal, sijil penyertaan, dan Sri Semarak tempat ke 4.
Bagi kumpulan yang tidak memperolehi kemenangan mereka semua tidak hanya pulang tangan yang kosong tetapi telah menerima cenderahati daripada penaja.
Sepanjang program di adakan pihak urusetia juga membuka Kaunter pendaftaran Nisa' untuk memberi peluang kepada beliwanis mendekati dan menjadi ahli Nisa'. Diharap pada masa akan datang mereka yang telah bersama kita dalam program ini akan menyertai lain-lain program yang akan dianjurkan oleh Nisa', ujarnya.

Wednesday, October 6, 2010

Jom Sertai Bola Jaring!

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA BELIAWANIS
TARIKH : 17 OKTOBER 2010
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN WANITA, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK
ANJURAN : NISA’ GOMBAK & WANGSA MAJU
YURAN : RM50.00/ KUMPULAN
HADIAH : JOHAN - RM700.00
                  NAIB JOHAN - RM500.00
                  KETIGA - RM300.00
Jangan lepaskan peluang!!!
Sebarang pertanyaan hubungi : Azi (013-2009 426) atau Solehah(012-3434134)
Pengesahan penyertaan hendaklah dikemukakan bersama bayaran wang penyertaan dan Borang Pendaftaran Pemain kepada Jawatankuasa Pertandingan selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2010.

Friday, September 24, 2010

JAMUAN AIDILFITRI NISA` WM ~ 26.9.2010

Di jemput semua ke JAMUAN AIDILFITRI NISA` WANGSA MAJU
Tarikh : 26 September 2010 / 17 Syawal 1431 H
Hari  : Ahad
Masa : 2.00 petang hingga 5 petang
Tempat : Sekolah Agama Usamah ( berdekatan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju)

Kehadiran semua amatlah kami hargai

Monday, September 13, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Puasa Mukmin vs Puasa Munafiq

Salam Ramadhan yang penuh berkah,
Kita telah melangkah masuk ke bahagian fasa pertama Ramadhan.Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.

Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”
Perhatikan ibadah kita pada bahagian yang pertama Ramadhan (10 hari pertama) untuk menjadi ukuran muhasabah kita bagi menggerakkan kekuatan ibadah dan amal dalam hari-hari berbaki dari bulan berkat ini agar kita tidak ketinggalan sedikitpun dari kebaikan yang telah dijanjikan di bulan mulia ini. Takutilah jika sekiranya kita tidak mendapat habuan dan kebaikan dari apa yang telah disediakan Allah daripada maghfirah dan kebebasan dari api neraka sepanjang bulan rahmah ini.

Sesungguhnya ada perbezaan antara puasa mukmin dan puasa munafiq.

Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah.

Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabah menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.

Seorang munafiq pula, dek kerana kekotoran hatinya amat terseksa dengan Ramadhan. Semakin berkurangan bilangan hari yang berbaki daripada Ramadhan, maka semakin ia bergembira serta bersukacita. Seorang munafiq lebih memberikan perhatian bagaimana mahu menyambut hari raya berbanding meningkatkan amal ibadah serta merebut pahala di bulan Ramadhan.
Mereka tidak pernah mempedulikan kualiti puasa serta ibadah sebaliknya terlalu asyik dengan baju baru, langsir baru, kuih raya, tukar perabut dan pelbagai kelalaian serta kealpaan lagi. Al Quran tidak dibaca apatah lagi tadabbur. Solat fardhu tidak dipelihara. Harta tidak diinfaqkan pada jalan sepatutnya. Malam dibiarkan berlalu tanpa istighfar dan doa. Alangkah malangnya mereka ini serta malang jualah pengikut-pengikut mereka. Semoga Allah melindungi kita serta memimpin kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Perteguhkan iman dan keyakinan demi meneruskan semaraknya semangat untuk bertungkus lumus beribadah serta melakukan ketaatan di bulan mulia ini. Moga kita dapat meraih kemenangan duniawi dan ukhrawi.

“Ya Allah, jadikalah awal Ramadhan ini sebagai hari-hari terbaik dalam kehidupanku, dan jadikan aku orang yang sabar dipertengahan Ramadhan dan perkuatkan imanku pada akhir Ramadhan agar dengannya aku dikasihi olehMu, diampuni seluruh dosaku dan diberkati baki-baki dari umurku.” Amin…

Saturday, July 31, 2010

Jemput hadir......

Thursday, July 15, 2010

Temukan kami dengan Ramadhan...

Thursday, July 8, 2010

4 Tanda Solat Diterima





Dalam Hadis Qudsi disebutkan mengenai orang-orang yang diterima sholatnya oleh Allah Swt, "Sesungguhnya Aku (Allah Swt.) hanya akan menerima sholat dari orang yang dengan sholatnya itu dia merendahkan diri di hadapan-Ku. Dia tidak sombong dengan makhluk-Ku yang lain. Dia tidak mengulangi maksiat kepada-Ku. Dia menyayangi orang-orang miskin dan orang-orang yang menderita. Aku akan tutup sholat orang itu dengan kebesaran-Ku. Aku akan menyuruh malaikat untuk menjaganya. Dan kalau dia berdoa kepada-Ku, Aku akan memperkenankannya. Perumpamaan dia dengan makhluk-Ku yang lain adalah seperti perumpamaan firdaus di surga."


Dalam hadis qudsi tersebut disebutkan bahwa tanda-tanda orang yang diterima sholatnya oleh Allah Swt., adalah:
PERTAMA
Dia datang untuk melaksanakan sholat dengan merendahkan diri kepada-Nya. Dalam Al-Quran, keadaan seperti itu disebut dengan khusyu'. Dan sholat yang khusyu' adalah salah satu tanda orang yang mukmin. Yang disebut dengan sholat yang khusyu' itu bukan yang tidak ingat apa pun. Karena orang yang tidak ingat apa pun itu disebut pingsan.
Diriwayatkan bahwa Sayyidina Ali bin Abi Thalib, apabila hendak melakukan sholat, tubuhnya gemetar dan wajahnya pucat pasi. Sehingga ketika ada orang yang bertanya kepadanya, "Mengapa Anda ya Amirul Mukiminin?" Sayyidina Ali menjawab, "Engkau tidak tahu bahwa sebentar lagi aku akan menghadapi waktu amanah." Kemudian, Sayyidina Ali membacakan sebuah ayat Al-Quran, "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh" (QS 33: 72).
Kemudian Sayyidina Ali melanjutkan ucapannya, "sholat adalah suatu amanat Allah yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi, dan bukit untuk memikulnya. Tetapi, mereka menolaknya dan hanya manusia yang sanggup memikulnya. Memikul amanat berarti mengabdi kepadaNya."
KEDUA
Dia tidak sombong dengan makhluk-Ku yang lain. Jadi, tanda orang yang diterima sholatnya ialah tidak takabur. Takabur, menurut Imam Al-Ghazali, ialah sifat orang yang merasa dirinya lebih besar daripada orang lain. Kemudian ia memandang enteng orang lain itu. Boleh jadi ia bersikap demikian dikarenakan ilmu, amal, keturunan, kekayaan, anak buah, atau kecantikannya. 
Kalau Anda merasa besar karena memiliki hal-hal itu dan memandang enteng orang lain, maka Anda sudah takabur. Dan sholat Anda tidak diterima. Bahkan dalam hadis lain disebutkan bahwa Rasulullah Saw. bersabda, "Takkan masuk surga seseorang yang dalam hatinya ada rasa takabur walaupun sebesar debu saja."
Biasanya masyarakat akan menjadi rusak kalau di tengah-tengah masyarakat itu ada orang yang takabur. Kemudian takabur itu ditampakkan untuk memperoleh perlakuan yang istimewa. Dan anehnya, seringkali sifat takabur ini menghinggapi para aktivis masjid atau aktivis kegiatan keagamaan. Mereka biasanya takabur dengai ilmunya dan menganggap dirinya paling benar.
KETIGA
Tanda orang yang diterima sholatnya ialah orang yang tidak mengulangi maksiatnya kepada Allah Swt. Nabi yang mulia bersabda, "Barangsiapa yang sholatnya tidak rnencegahnya dari kejelekan dan kemungkaran, maka sholatnya hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah Swt." Dalam hadis yang lain, Rasulullah Saw. bersabda, "Nanti, pada Hari Kiamat, ada orang yang membawa sholatnya di hadapan Allal Swt. Kemudian sholatnya diterima dan dilipat-lipat seperti dilipat-lipatnya pakaian yang kotor dan usang. Lalu sholat itu dibantingkan ke wajahnya."
Allah tidak menerima sholat itu karena sholatnya tidal dapat mencegah perbuatan maksiatnya setelah ia melakukan maksiat tersebut. Bukankah Al-Quran telah mengatakan, "...Sesungguhnya sholat mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar..." (QS 29:45).
KEEMPAT
Orang yang diterima sholatnya ialah orang yang menyayangi orang-orang miskin. Kalau diterjemahkan dengan kalimat modern, hal ini berarti orang yang mempunyai solidaritas sosial. Dia bukan hanya melakukan rukuk dan sujud saja, tetapi dia juga memikirkan penderitaan sesamanya. Dia menyisihkan sebagian waktu dan rezekinya untuk membahagiakan orang lain.
Kalau dalam sholat Anda, Anda sudah merasakan kebesaran Allah dan tidak takabur; dan kalau Anda sudah tidak mengulangi perbuatan maksiat sesudah sholat; dan kalau Anda sudah mempunyai perhatian yang besar terhadap kesejahteraan orang lain, maka Allah akan melindungi Anda dengan jubah kebesaran-Nya. Allah akan memberi kepada Anda kemuliaan dengan kemuliaan-Nya, dan membungkus Anda dengan busana kebesaran-Nya. samping itu, Allah akan menyuruh para malaikat untuk menjaga Anda; dan para malaikat itu akan berkata sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran,"Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan akhirat. Didalamnya kamu akan memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang telah dijanjikan oleh Allah kepadamu" (QS 41: 31)

Monday, June 21, 2010

JOM BADMINTON TO ALL NISA'