Followers

Tuesday, October 26, 2010

Hubungan terjalin antara Nisa` dan beliawanis

Aspek sukan dan kesihatan fizikal merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia dan remaja.
Sukan boleh menjadi antara alternatif utama dan daya penarik untuk golongan belia remaja daripada mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti gejala soaial yang tidak sihat.
Justeru itu, Y.B Dato' Dr Hasan B.Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia dengan kerjasama Nisa’ Gombak dan Nisa’ Wangsa Maju  sepakat untuk menganjurkan sebuah kejohanan bola jaring terbuka untuk golongan beliawanis.
Beliau berkata, "Penting untuk mendekati golongan tersebut kerana pada masa ini, kita lihat mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat dan amat membimbangkan apabila mereka terjebak dengan mengadakan hubungan seksual akhirnya anak-anak luar nikah dan kes pembuangan bayi juga semakin meningkat. Ini amat membimbangkan semua pihak, ujarnya.
Penglibatan mereka dengan mengadakan hubungan yang tiada batasannya dan melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat membuat ibubapa/penjaga dan guru-guru menjadi bingung apabila anak-anak mereka terlibat dengan gejala sosial yang kian hari semakin meningkat dan masih tiada formula yang ditemui lagi sehingga kini.
Oleh itu, saya dengan kerjasama Nisa' Gombak dan Nisa Wangsa Mju bersetuju untuk mengadakan aktiviti sihat ini kerana ia merupakan 1 kreativiti untuk mendekati golongan tersebut. Harapan saya agar mereka tidak terasa terasing /rendah diri apabila bertemu dengan golongan yang berpakaian muslimah dan bertudung.
Nisa' merupakan ikon muslimah yang selayaknya mendekati golongan beliawanis dan remaja kerana mereka membawa imej golongan muda dan menyebarkan dakwah secara dakwah bilhal iaitu menyebarkan dakwah dengan secara halus tanpa menyentuh hati mana-mana pihak dengan paksaan atau tekanan .
Seperti sedia maklum, golongan remaja yang semakin hari usia mereka yang semakin meningkat mereka inginkan kebebasan kehidupan dan masih mencari erti kehidupan yang sebenar.
Oleh itu kitalah yang seharusnya berperanan untuk membawa dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah swt agar mereka tidak tersasar jauh dari landasan- Nya.
Saya yakin Nisa' dan muslimah mampu membimbing mereka untuk mengikuti berbagai program tidak semestinya program agama sahaja tetapi dengan berbagai cara kerana dakwah itu boleh dilakukan dengan berbagai cara asalkan mesej tersebut sampai dan memberi kesan kepada hati mereka.

Semoga usaha yang murni ini insya-Allah beliawanis ini mampu menjadi seorang muslim yang disegani masyarakat dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt, ujarnya.
Sementara itu Pn. Nurul (Pengarah program melahirkan terima kasih kepada Y.B Dato' Dr Hasan dan semua yang telah memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan program ini.Alhamdulilah sebanyak 12 kumpulan telah menyertai perlawanan ini dengan jumlah seramai 120 orang peserta. Penyertaan pasukan tersebut terdiri daripada 6 kumpulan kawasan Gombak dan 6 daripada kawasan Wangsa Maju.
Pasukan My Tnet telah menjadi johan dengan mendapat RM700, naib johan disandang kumpulan Legend dengan hadiah wang tunai Rm 500 + medal dan sijil penyertaan, Fair Ladyz tempat ke 3 mendapat RM300, medal, sijil penyertaan, dan Sri Semarak tempat ke 4.
Bagi kumpulan yang tidak memperolehi kemenangan mereka semua tidak hanya pulang tangan yang kosong tetapi telah menerima cenderahati daripada penaja.
Sepanjang program di adakan pihak urusetia juga membuka Kaunter pendaftaran Nisa' untuk memberi peluang kepada beliwanis mendekati dan menjadi ahli Nisa'. Diharap pada masa akan datang mereka yang telah bersama kita dalam program ini akan menyertai lain-lain program yang akan dianjurkan oleh Nisa', ujarnya.

0 comments: