Followers

Saturday, January 30, 2010

Mencari Nur Kasih Hijrah


Mari Mencari Nur Kasih Hijrah..bersama Nisa'


Pada 17 Januari 2009 bersamaan dengan 1 safar 1431H, Perkim wangsa maju dengan kerjasama Nisa’ Wangsa Maju telah menganjurkan Talkshow di Masjid Usamah bin Zaid. Talkshow yang bertajuk Mencari Nur Kasih Hijrah telah di hadiri oleh seramai 120 orang muslimin muslimat dari sekitar kawasan wangsa maju dan kawasan berdekatan.Terdapat juga gerai jualan Nisa’ menjual tshirt, barangan cenderahati , Al quran dan pelbagai lagi. Penceramah jemputan adalah Pensyarah dari UTM KL iaitu Ustazah Nor hafizah Musa. Talkshow bermula pada jam 10.30 pagi dimulai dengan bacaan doa oleh wakil perkim dan tayangan montaj Perkim dan Nisa’ Wangsa Maju. Seterusnya ucapan aluan dari wakil Perkim dan ceramah di mulakan pada jam 11 pagi. Antara pengisian ceramah tersebut ialah tips-tips yang boleh di amalkan untuk menghijrahkan diri di abad moden ini. 5 perkara utama yang disebutkan ialah kembali mencintai Al-Quran, menjadi mukmin yang mengimani dan yakin dengan hari akhirat,menjadi mukmin yang dapat mengatasi sifat wahan iaitu cintakan dunia dan takutkan mati,menjadi mukmin yang sentiasa membersihkan hati , dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. Penceramah juga mengingatkan hadirin untuk mengamalkan 3 perkara bagi melembutkan hati yang keras. Hendaklah kita banyakkan berdoa ketika membaca Al-Quran, mendengar kuliah ilmu dan bangun bertahajjud di waktu malam. Ceramah di tamatkan sekitar 12.15 tengahari. Majlis di akhiri dengan pemberian cenderahati kepada hadirin terpilih yang menyambut hari kelahiran pada bulan muharam lepas dan makan tengahari.Semoga kita dapat mempraktikkan ilmu yang di sampaikan dalam mencari nur kasihNya. Jumpa lagi program yang akan datang.

0 comments: