Followers

Sunday, January 10, 2010

NSK “KEMBALI KE SEKOLAH” NISA’ WANGSA MAJU

Pada 3 Januari 2010 yang lalu, Nisa’ Wangsa Maju telah berjaya mengadakan satu lagi aktiviti tahunan Nisa’ Wilayah iaitu Nisa’ Small Kindness (NSK) dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik di kawasan Wangsa Maju ini. Selepas menunaikan Solat Asar secara berjemaah di Surau Nurul Muttaqin, seramai 5 orang wakil dari Nisa’ Wangsa Maju telah bergerak dari rumah ke rumah penerima sumbangan dalam merealisasikan program NSK “Kembali Ke Sekolah” ini.

Di antara penerima sumbangan pada kali ini ialah Chek Ros bt Muhammad (ibu tunggal), Khadijah Soh bt Abdullah (ibu tunggal), Rohziah bt Hamid (miskin) dan Kak Shida (suami menghidap stroke). Rata-rata keempat-empat keluarga ini mempunyai 5-8 orang anak yang perlu disara. Dengan sedikit bantuan yang dihulurkan, diharap ianya dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga-keluarga ini walaupun kami menyedari bahawa sumbangan kami ini tidaklah terlalu banyak jika dibandingkan dengan kesusahan yang dialami oleh mereka. Dan kami amat berharap segala usaha kami ini akan dipandangNya sebagai salah satu amal kebajikan.

0 comments: