Followers

Monday, February 22, 2010

KASIH TERCIPTA

Program Kasih Tercipta @ Surau al Amin, Setapak

Bertemakan YANG MUDA DISAYANGI, YANG TUA DIKASIHI, Nisa’ Wangsa Maju telah mengadakan program Kasih Tercipta pada 20 Februari 2010 bertempat di Surau Al Amin Setapak Indah. Majlis dimulakan pada jam 3 petang dengan acara perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’Hj Ahmad Tauzan b. Mohd Ghani selaku Penasihat Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Setapak Indah. Sebelum itu majlis diserikan juga dengan alunan Nasyid Asma Al Husna beramai-ramai, slide show Nisa’ Wangsa Maju dan ucapan aluan oleh Pengarah program, Pn suria.Dalam ucapan perasmiannnya, Dato’ telah memberi beberapa tips untuk diamalkan. Antaranya amalkan membawa bahan bacaan untuk dibaca semasa menunggu sesuatu, membawa buku nota dan pen untuk catitan.  Audien digalakkan mencatit butir-butir penting dalam majlis dan berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain.Beliau juga tidak menggalakkan ibu bapa melanggan Astro di rumah kerana ianya membawa kesan negatif terutamanya untuk anak-anak. Beliau juga mengharapkan ibu bapa memberi kasih sayang seadanya dan tidak berlebihan kepada anak-anak sehingga anak-anak tidak mampu berdikari dan menyebabkan mereka bergantung harapan pada ibu bapa semata-mata. Beliau juga mencadangkan diadakan pertandingan membaca kerana ia merupakan sumber asas dalam ilmu. 


Sekitar jam 3.30petang berlansgung acara memasak antara ibu dan anak yang disertai oleh 5 pasukan. Menu yang dipertandingkan ialah Ikan bawal masak sambal. Nampaknya masa 30 minit yang diberikan memang mencukupi kerana semua peserta dapat menyiapkan hidangan dalam tempoh ini dengan pelbagai teknik memasak dan hiasan. Kemudian hidangan ini diadili oleh 2 orang juri tempatan. Seterusnya majlis diteruskan dengan Pop Kuiz Kenali ibu. Hampir 30 minit juga ia berlangsung dengan soalan berbentuk umum, ilmiah dan kenali ibu masing-masing. Program dihentikan seketika bagi menunaikan solat asar dan disambung dengan majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Pengerusi Surau Al Amin. Sedikit selingan acara kuiz spontan diadakan bagi meraikan adik-adik kecil yang hadir petang itu. Hadiah diberikan pada adik-adik yang berjaya memberi jawapan yang betul . Nampaknya adik-adik cukup cukup aktif untuk mendapatkan hadiah yang diberikan. Majlis ditamatkan sekitar jam 6 petang dengan jamuan ringan. 


Nisa’ Wangsa Maju mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak surau yang memberi ruang bagi Nisa’ menganjurkan program sebegini dan terima kasih juga kepada yang hadir mengimarahkan majlis ini. Kehadiran golongan ibu-ibu amat dihargai.Semoga ianya bermanafaat dalam mengeratkan ukhuwah antara ibu dan anak, disamping menimba ilmu dari apa yang disampaikan sepanjang program berlangsung. Kita jumpa lagi ye....




0 comments: