Followers

Saturday, October 30, 2010

Barakallah...

Salam barakah dan tahniah buat AJK 3N Nisa` Wangsa Maju, Normaziah Bt Che Ismail dan suaminya, Mohd Syazwan bin Murad dan juga mantan AJK UPK iaitu Haniza bt Kamyon dan suaminya Mohd Faizal bin Mohd Yassin.

Doa Buat Pengantin :
“Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan”

Kami Nisa`Wangsa Maju mendoakan semoga kedua-dua pasangan ini dirahmati Allah SWT dan seterusnya sentiasa mendapat keberkatan hidup dari Allah SWT.Ke arah membina sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah...Insyaallah.

Semoga terus istiqamah bersama perjuangan Islam dan jangan lupakan Nisa` Wangsa Maju =)

Perkongsian berharga buat kedua-dua pengantin dan juga hadiah istimewa buat sahabat-sahabat yang bakal mendirikan masjid, bacalah dengan penuh penghayatan.Moga redha Allah sentiasa mengiringi kalian.....

Wasiat Ummamah pada puterinya yang bakal mendirikan baitul muslim dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Al-Harith bin Amru..

"wahai puteriku! ada sepuluh perkara yang ingin kuberikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam kehidupan berumahtangga...."

1. Jalinkan hubungan suamimu dengan petuh ketaatan. Perhatikan kesukaanya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk darimu atau tercium sesuatu yang kurang enak darimu...

2. Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkan dirinya kasih kepadamu.

3. Benarkanlah kata-katanya dan pendapatnya serta sikapnya selagi tidak melanggar dengan syariat yang ditetapkan ALLAH nescaya dia akan bersikap lembut kepadamu kembali.

4. Uruskanlah rumahtanggamu dengan penuh bertanggungjawab, baik dan sempurna.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suamimu.

6. Simpanlah segala rahsianya dengan baik, jangan sekali bantah segala suruhannya kerana itu akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makan dan waktu istirehat suamimu dengan sebaiknya, Kerana perut yang lapar akan membuatkan darah suamimu cepat naik dantidur yang tidak mencukupi akan menimbulkan keletihan.

8. Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihanmu dihadapannya..kamu mesti mengikut segala kehendak hati suamimu.

9. Hiasilah dirimu dengan baik agar dia gembira melihatmu.

10. Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula buat dirimu

Tuesday, October 26, 2010

Hubungan terjalin antara Nisa` dan beliawanis

Aspek sukan dan kesihatan fizikal merupakan antara aspek yang penting dalam kehidupan kita terutamanya golongan belia dan remaja.
Sukan boleh menjadi antara alternatif utama dan daya penarik untuk golongan belia remaja daripada mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti gejala soaial yang tidak sihat.
Justeru itu, Y.B Dato' Dr Hasan B.Mohamed Ali, ADUN Gombak Setia dengan kerjasama Nisa’ Gombak dan Nisa’ Wangsa Maju  sepakat untuk menganjurkan sebuah kejohanan bola jaring terbuka untuk golongan beliawanis.
Beliau berkata, "Penting untuk mendekati golongan tersebut kerana pada masa ini, kita lihat mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat dan amat membimbangkan apabila mereka terjebak dengan mengadakan hubungan seksual akhirnya anak-anak luar nikah dan kes pembuangan bayi juga semakin meningkat. Ini amat membimbangkan semua pihak, ujarnya.
Penglibatan mereka dengan mengadakan hubungan yang tiada batasannya dan melibatkan diri dengan aktiviti kurang sihat membuat ibubapa/penjaga dan guru-guru menjadi bingung apabila anak-anak mereka terlibat dengan gejala sosial yang kian hari semakin meningkat dan masih tiada formula yang ditemui lagi sehingga kini.
Oleh itu, saya dengan kerjasama Nisa' Gombak dan Nisa Wangsa Mju bersetuju untuk mengadakan aktiviti sihat ini kerana ia merupakan 1 kreativiti untuk mendekati golongan tersebut. Harapan saya agar mereka tidak terasa terasing /rendah diri apabila bertemu dengan golongan yang berpakaian muslimah dan bertudung.
Nisa' merupakan ikon muslimah yang selayaknya mendekati golongan beliawanis dan remaja kerana mereka membawa imej golongan muda dan menyebarkan dakwah secara dakwah bilhal iaitu menyebarkan dakwah dengan secara halus tanpa menyentuh hati mana-mana pihak dengan paksaan atau tekanan .
Seperti sedia maklum, golongan remaja yang semakin hari usia mereka yang semakin meningkat mereka inginkan kebebasan kehidupan dan masih mencari erti kehidupan yang sebenar.
Oleh itu kitalah yang seharusnya berperanan untuk membawa dan membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah swt agar mereka tidak tersasar jauh dari landasan- Nya.
Saya yakin Nisa' dan muslimah mampu membimbing mereka untuk mengikuti berbagai program tidak semestinya program agama sahaja tetapi dengan berbagai cara kerana dakwah itu boleh dilakukan dengan berbagai cara asalkan mesej tersebut sampai dan memberi kesan kepada hati mereka.

Semoga usaha yang murni ini insya-Allah beliawanis ini mampu menjadi seorang muslim yang disegani masyarakat dan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Allah swt, ujarnya.
Sementara itu Pn. Nurul (Pengarah program melahirkan terima kasih kepada Y.B Dato' Dr Hasan dan semua yang telah memberi sokongan sepenuhnya bagi menjayakan program ini.Alhamdulilah sebanyak 12 kumpulan telah menyertai perlawanan ini dengan jumlah seramai 120 orang peserta. Penyertaan pasukan tersebut terdiri daripada 6 kumpulan kawasan Gombak dan 6 daripada kawasan Wangsa Maju.
Pasukan My Tnet telah menjadi johan dengan mendapat RM700, naib johan disandang kumpulan Legend dengan hadiah wang tunai Rm 500 + medal dan sijil penyertaan, Fair Ladyz tempat ke 3 mendapat RM300, medal, sijil penyertaan, dan Sri Semarak tempat ke 4.
Bagi kumpulan yang tidak memperolehi kemenangan mereka semua tidak hanya pulang tangan yang kosong tetapi telah menerima cenderahati daripada penaja.
Sepanjang program di adakan pihak urusetia juga membuka Kaunter pendaftaran Nisa' untuk memberi peluang kepada beliwanis mendekati dan menjadi ahli Nisa'. Diharap pada masa akan datang mereka yang telah bersama kita dalam program ini akan menyertai lain-lain program yang akan dianjurkan oleh Nisa', ujarnya.

Wednesday, October 6, 2010

Jom Sertai Bola Jaring!

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA BELIAWANIS
TARIKH : 17 OKTOBER 2010
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN WANITA, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, GOMBAK
ANJURAN : NISA’ GOMBAK & WANGSA MAJU
YURAN : RM50.00/ KUMPULAN
HADIAH : JOHAN - RM700.00
                  NAIB JOHAN - RM500.00
                  KETIGA - RM300.00
Jangan lepaskan peluang!!!
Sebarang pertanyaan hubungi : Azi (013-2009 426) atau Solehah(012-3434134)
Pengesahan penyertaan hendaklah dikemukakan bersama bayaran wang penyertaan dan Borang Pendaftaran Pemain kepada Jawatankuasa Pertandingan selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2010.