sahabat2 nisa' semua, sedar tak yang rupanya ada jugak psycho yang suka kumpul2 gambar muslimah bertudung dan letak di blog2. Gambar2 ini biasanya gambar yang bergaya-gaya dan mungkin lebih sesuai utk simpanan peribadi.
Haii...akhir zaman ni mcm2 jadi. Dari part kita, apa ye yang kita boleh buat?
1) jom sama-sama lebih berhati-hati dalam mengupload gambar2 di FB/blog/shared folder, etc. Bukan apa, bimbang2 dapat "demerit" free di mata Allah nanti, smbil2 mungkin disalahgunakan/dimanipulasikan oleh pihak x bertanggungjawab. Mudahnya, gmbr2 yang sebegini, lagi baik tak diupload langsung, lagi selamat. kan?
2) saling ingat-mengingatkan kawan-kawan perempuan kita, adik-adik kita, sepupu-sepupu kita dan semualah yang dalam network kita utk melakukan yang sama.
3) report abuse/flag blog/pages yang kebetulan terjumpa melakukan kerja kurang sihat ini
4) berhati-hati sepanjang masa, berusaha dan bertawakal pada Allah. Berdoa mudah-mudahan Allah melindungi. Sesungguhnya, Allah lah sebaik-baik Pelindung, dan sebaik-baik Penolong.
ikan berenang di air padang
bersuka ria tak sedar masa
berhati-hati banyak mata memandang
berwaspadalah kita sepanjang masa
...kerana diri kita begitu berharga....
1 comments:
salam singgah
http://dppwm.blogspot.com/
Post a Comment