Nisa' Wangsa Maju mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia.
Terima kasih guru di atas semua jasamu yang hanya Allah mampu membalasnya. Cemburu dengan guru yang mempunyai begitu banyak "investment" untuk di bawa ke Hari Pengadilan kelak. Bukankah ilmu yang diajarkan kepada orang lain, yang memberi kebaikan kepada orang lain adalah salah satu dari 3 amalan yang tidak akan putus, biarpun telah berpisah roh dan jasad?
Mabruk cikgu-cikgu! Semoga Allah sentiasa memberkati kalian.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara...
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(Usman Awang, 1979)
0 comments:
Post a Comment