Followers

Friday, August 26, 2011

MUHASABAH: DIA BAKAL TINGGALKAN KITA....OH RAMADHAN

Sedar tak sedar, kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadhan yang Mulia. Sekarang umat islam di Malaysia sudah memasuki hari yang ke 26 berpuasa yang bermakna, hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita menyambut hari lebaran. Sana-sini sudah mulai terasa mood raya. Bagi masyarakat kota, kesibukan seharian sudah mula terasa hambar. Kereta pula sudah mulai kelihatan berpusa-pusu keluar dari bandar raya menuju ke kampung halaman masing-masing. Manakala lagu-lagu raya sudah rancak kedengaran sejak seminggu yang lalu. Dan bagi kanak-kanak pula terpancar sinar keriangan di wajah masing-masing walaupun sudah tidak sabar-sabar menunggu hari yang dinanti.

Namun, ketika semua mula terasa keriangan menyambut AidilFitri, bagaimana pula halnya dengan diri kita. Adakah kita juga sesibuk kanak-kanak kecil membilang hari menanti hari demi hari berlalu, atau adakah kita masih sama seperti sebelum ini, masih terleka dengan kesibukan dan keindahan duniawi. Alangkah eloknya sebelum kita menyambut hari kemenangan yang pasti akan tiba, namun belum pasti ianya untuk kita, kita berhenti sejenak dari kesibukan keduniaan kita untuk sama-sama merenung kembali ibadah kita di sisa-sisa terakhir Ramadhan ini. Bagaimanakah ibadah kita sepanjang Ramadhan ini. Adakah ianya sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya, atau semakin teruk merosot dari sehari ke sehari Nauzubillah.

Ayuh sahabat, kita teruskan perjuangan kita dalam mengejar gelaran yang diimpikan-impikan selama ini. Gelaran yang bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun pangkat kita, tapi gelaran yang Allah offer kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh dan ikhlas mahukannya. Ianya bukan susah namun tidak pula mudah pula untuk memilikinya. Hanya mereka yang betul-betul gigih, ikhlas dan penuh dengan keimanan dalam ibadahnya yang mampu meraih tawaran yang terhebat ini. Jadi, macam mana pula dengan kita? Masa yang berbaki ini perlu kita pulun habisan-habisan agar tiada kesal di penghujung nanti. Dan kalau ada rezeki, mungkin kita turut terpilih menjadi tetamuNya di malam yang lebih baik dari seribu bulan, ameen. Namun andainya malam itu sudah berlalu, tidak sepatutnya kita berputus asa kerana setiap malam di bulan Ramadhan itu memiliki hikmah dan rahsianya tersendiri.
Jom kita renungi hadis ini, moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang kedua yang telah diaminkan oleh KEKASIHNYA. Nauzubillah....



Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu,

Nabi Shalallahu ‘alaihi Wa Sallam menaiki mimbar kemudian bersabda: “Amin, Amin, Amin”.

Kemudian ditanyakan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, Apa (maksud) yang kami dengar ini?

Kemudian Baginda bersabda: “Jibril telah mengatakan kepadaku,

“Hinalah seorang hamba yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah satunya (masih hidup) namun hal itu tidak membuatnya masuk syurga”. Aku berkata, “Amin”.

Kemudian Jibril berkata, “Hinalah seorang hamba yang dia telah memasuki bulan Ramadhan namun tidak membuat (dosanya) diampuni, kemudian aku berkata, “Amin”.

Kemudian Jibril berkata, “Hinalah seseorang yang (namamu) disebutkan padanya namun ia tidak mengucapkan selawat, kemudian aku berkata, “Amin”


Monday, August 22, 2011

10 AKHIR RAMADHAN

Assalamualaikum Wrt Wbt,
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH


NABI BERSUNGGUH DI 10 AKHIR RAMADHAN


(كان رسول الله إذا دخل العشر الأواخر شدّ مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله)

( رواه البخاري)“


Bila masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah SAW akan mengencangkan kainnya ( menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya “.
( Riwayat Bukhari )


HURAIAN HADIS :
1. Sepuluh akhir Ramadhan merupakan fatrah pembebasan api neraka dan akan berlakunya lailatulqadar, iaitu satu malam yang akan diganjari pahala umpama seribu bulan.


2 . Baginda SAW akan berpisah seketika bersama isteri-isteri Baginda SAW untuk memberikan sepenuh maksimun kepada ibadah di akhir Ramadhan.


3. Nabi SAW sangat mengambil berat dalam melakukan amalan ketaatan bukan sekadar untuk diri Baginda semata-mata, bahkan Baginda SAW akan mengajak kaum keluarga dan para sahabat supaya dapat melakukan amalan sepertimana yang Baginda SAW laksanakan.


4. Di bulan Ramadhan ini seharusnya kita mencontohi segala yang dilakukan oleh Nabi SAW


WALLAHU’ALAM

Friday, August 19, 2011

Repost: Jemputan ke Majlis Khatam al-Quran Sabtu ini :)



Assalamualaikumm wbt




Sahabat-sahabat Nisa' yang dikasihi,



Ada aktiviti dah tak untuk Sabtu ini? Jika beluuummmm, jom kita khatam Al-Quran nak?

InshaAllah pasti ada manfaatnya. Jom!







Wednesday, August 10, 2011

Rahmat sudah...kini Keampunan pula. Jom!



Formula Mendapat Keampunan Allah Di Fasa Pertengahan Ramadhan

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

*********************************************************

Kini, kita telah pun berada dipertengahan Ramadhan.. [Bulan yg pada awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN.. dan akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA] – Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita dengan peluang ini.


Source gambar: Google


Jom sama-sama kita berusaha membersihkan diri kita dari sebarang kotoran dosa yang sememangnya banyak melekat pada diri kita, hari-hari yang dipenuhi RAHMAT telahpun berlalu.. Janganlah pula kita menjadi golongan yang binasa kerana terlepas daripada peluang mendapat pengampunan Allah ini.. [Binasa dan rugilah.. mereka yang sempat dengan Ramadhan.. tetapi tidak mendapat pengampunan Allah].

Jadi, Apakah Formula mendapat keampunan Allah??? Jom tengok J


1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan & pengharapan
· Perbaikilah kualiti puasa kita
· Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran
· Banyakkan bersedekah
· Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail


2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada kita
· Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda
· Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda
· Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya


3. Sedekah boleh membawa pengampunan
· Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan
· Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin.

4. Istighfar pada waktu sahur
Banyakkanlah istighfar ikhwah/at pada bulan ini.. [Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar].

Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam). Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat : 17.

· Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita
· Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin.



Amin. Ya Rabbal `alamin.. Wallahua`lam.

Tuesday, August 9, 2011

Jom Khatam Quran




Ramadhan ku.....

RAMADHAN SEORANG AKU

Ramadhan ini masih aku lalui seadanya
Dalam harap dan hadap memohon yang terbaik..
Sungguh tekadang runtunan nafsu lebih dahsyat dari hasutan sang terlaknat..
Lantaran gagal aku mendidiknya menjadi taat.


Ramadhan ini.. aku mahu seperti mereka..
Yang sering mengungkap..” moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..”


Namun masih aku mengatur langkah mencari arah..
Mengintai makna dan rasa sebuah berkat..
Mengangan ampunan dan limpahan rahmat..
Walau sering aku kabur memaham segala hakikat..
Dan dalam sisa Ramadhan yang semakin pantas berlalu ini..
Aku akan terus menyimpan azam..
Menadah dan mengutip segala yang aku mampu..
Jua memohon sekudrat yang ada..
Agar mampu aku sepersis mereka..sekalipun sekadar dalam tadahan doa..


Mesti sering teruji dengan palsunya anganan dunia..
namun aku yakin jiwa yang meminta tak akan dipersia..
ungkapNya..”mohonlah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan permohonanmu..”


Ramadhanku akan terus ku hayati..
dengan doaku yang hanya satu.masih seperti mereka..” moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..”


Kerna terlalu aku ini bimbang..
Andai ini Ramadhan terakhir untukku..




~~Monolog dalaman seorang insan rindukan Redha Allah~~

Friday, August 5, 2011

KEGEMBIRAAN YANG PASTI :)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. (رواه مسلم)‫




Maksudnya : Dari Abu Hurairah RA, katanya: RasulullahSAW bersabda: ".. orang yang berpuasa mendapat dua perkara yang menggembirakan. Pertama semasaia berbuka puasa dan kedua semasaia menemui Tuhannya (pada hari akhirat)".


(RiwayatMuslim)



HURAIAN HADIS :

1) Kegembiraan adalah sesuatu yang belum tentu akan diraih oleh seseorang melainkan apabila ia ditakdirkan untuk memperolehi sesuati nikmat atau anugerah.

2) Namun kegembiraan yang pasti dan dijanjikan ialah dengan berpuasa. Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW bahawa bagi orang yang berpuasa ialah ketika ia berbuka puasa dan ketika bertemu dengan ALLAH di akhirat kelak.

3) Sebagai ummat Islam kita hendaklah merebut peluang dan nikmat yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya segala keistimewaan ini hanya diperolehi oleh mereka yang berpuasa dikalangan ummat Muhammad SAW.




WALLAHU’ALAM.




MARI KITA KEJAAARRRR KEGEMBIRAAN YANG CONFIRM INI :)







MUTIARA IMAN INI DIBAWAKAN KEPADA SEMUA OLEH

UNIT PEMBANGUNAN INSAN (UPI)

NISA' WANGSA MAJU

:)