Followers

Friday, August 26, 2011

MUHASABAH: DIA BAKAL TINGGALKAN KITA....OH RAMADHAN

Sedar tak sedar, kita sudah hampir sampai ke penghujung Ramadhan yang Mulia. Sekarang umat islam di Malaysia sudah memasuki hari yang ke 26 berpuasa yang bermakna, hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita menyambut hari lebaran. Sana-sini sudah mulai terasa mood raya. Bagi masyarakat kota, kesibukan seharian sudah mula terasa hambar. Kereta pula sudah mulai kelihatan berpusa-pusu keluar dari bandar raya menuju ke kampung halaman masing-masing. Manakala lagu-lagu raya sudah rancak kedengaran sejak seminggu yang lalu. Dan bagi kanak-kanak pula terpancar sinar keriangan di wajah masing-masing walaupun sudah tidak sabar-sabar menunggu hari yang dinanti.

Namun, ketika semua mula terasa keriangan menyambut AidilFitri, bagaimana pula halnya dengan diri kita. Adakah kita juga sesibuk kanak-kanak kecil membilang hari menanti hari demi hari berlalu, atau adakah kita masih sama seperti sebelum ini, masih terleka dengan kesibukan dan keindahan duniawi. Alangkah eloknya sebelum kita menyambut hari kemenangan yang pasti akan tiba, namun belum pasti ianya untuk kita, kita berhenti sejenak dari kesibukan keduniaan kita untuk sama-sama merenung kembali ibadah kita di sisa-sisa terakhir Ramadhan ini. Bagaimanakah ibadah kita sepanjang Ramadhan ini. Adakah ianya sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya, atau semakin teruk merosot dari sehari ke sehari Nauzubillah.

Ayuh sahabat, kita teruskan perjuangan kita dalam mengejar gelaran yang diimpikan-impikan selama ini. Gelaran yang bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun pangkat kita, tapi gelaran yang Allah offer kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh dan ikhlas mahukannya. Ianya bukan susah namun tidak pula mudah pula untuk memilikinya. Hanya mereka yang betul-betul gigih, ikhlas dan penuh dengan keimanan dalam ibadahnya yang mampu meraih tawaran yang terhebat ini. Jadi, macam mana pula dengan kita? Masa yang berbaki ini perlu kita pulun habisan-habisan agar tiada kesal di penghujung nanti. Dan kalau ada rezeki, mungkin kita turut terpilih menjadi tetamuNya di malam yang lebih baik dari seribu bulan, ameen. Namun andainya malam itu sudah berlalu, tidak sepatutnya kita berputus asa kerana setiap malam di bulan Ramadhan itu memiliki hikmah dan rahsianya tersendiri.
Jom kita renungi hadis ini, moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang kedua yang telah diaminkan oleh KEKASIHNYA. Nauzubillah....



Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu,

Nabi Shalallahu ‘alaihi Wa Sallam menaiki mimbar kemudian bersabda: “Amin, Amin, Amin”.

Kemudian ditanyakan kepada Baginda, “Wahai Rasulullah, Apa (maksud) yang kami dengar ini?

Kemudian Baginda bersabda: “Jibril telah mengatakan kepadaku,

“Hinalah seorang hamba yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah satunya (masih hidup) namun hal itu tidak membuatnya masuk syurga”. Aku berkata, “Amin”.

Kemudian Jibril berkata, “Hinalah seorang hamba yang dia telah memasuki bulan Ramadhan namun tidak membuat (dosanya) diampuni, kemudian aku berkata, “Amin”.

Kemudian Jibril berkata, “Hinalah seseorang yang (namamu) disebutkan padanya namun ia tidak mengucapkan selawat, kemudian aku berkata, “Amin”


0 comments: