Followers

Wednesday, August 10, 2011

Rahmat sudah...kini Keampunan pula. Jom!



Formula Mendapat Keampunan Allah Di Fasa Pertengahan Ramadhan

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

*********************************************************

Kini, kita telah pun berada dipertengahan Ramadhan.. [Bulan yg pada awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN.. dan akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA] – Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita dengan peluang ini.


Source gambar: Google


Jom sama-sama kita berusaha membersihkan diri kita dari sebarang kotoran dosa yang sememangnya banyak melekat pada diri kita, hari-hari yang dipenuhi RAHMAT telahpun berlalu.. Janganlah pula kita menjadi golongan yang binasa kerana terlepas daripada peluang mendapat pengampunan Allah ini.. [Binasa dan rugilah.. mereka yang sempat dengan Ramadhan.. tetapi tidak mendapat pengampunan Allah].

Jadi, Apakah Formula mendapat keampunan Allah??? Jom tengok J


1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan & pengharapan
· Perbaikilah kualiti puasa kita
· Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran
· Banyakkan bersedekah
· Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail


2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada kita
· Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda
· Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda
· Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya


3. Sedekah boleh membawa pengampunan
· Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan
· Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin.

4. Istighfar pada waktu sahur
Banyakkanlah istighfar ikhwah/at pada bulan ini.. [Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar].

Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam). Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat : 17.

· Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita
· Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin.



Amin. Ya Rabbal `alamin.. Wallahua`lam.

0 comments: