Tuesday, December 29, 2009
Jom ke Konvensyen Nisa` Wilayah
TARIKH : 10 JANUARI 2010/ 24 MUHARAM 1431 HIJRAH (AHAD)
TEMPAT : DEWAN SRI ALAM, ANJUNG RAHMAT
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TENGAHARI
Antara Yang Menarik :
1) TALKSHOW NISA` : "Bidadari Cemburu Padamu...."
2)Pembahagian Kad Keahlian Nisa`
3)Cabutan Bertuah
4)Persembahan Nasyid dan Deklamasi Sajak "Seindah Bidadari Syurga"
5)Hadiah Cenderahati buat semua peserta
MASUK ADALAH PERCUMA!!
TERHAD UNTUK 200 ORANG SAHAJA!!
SARAPAN PAGI DAN MAKAN TENGAHARI TURUT DISEDIAKAN
HUBUNGI : 013-200 9426 (AZI) atau 017 353 3468 (YANI)
"Kerana Dirimu Begitu Berharga....."
Wednesday, December 23, 2009
Menyelusuri Perjuangan Zainab al Ghazali...
Tuesday, December 22, 2009
GOTONG ROYONG NISA' WM
sudah berusia, sambil-sambil tu ianya sebagai aktiviti senaman yang menyihatkan.Dan yang menariknya, ada sahabat nisa kami yang menyediakan nasi goreng buat kami. Erm..sedap betul masakannya…penuh kasih sayang gitu. Terima kasih sahabat.Kepada sahabat-sahabat yang ingin melakukan kerja-kerja amal, bolehlah menghubungi kami untuk menyertainya. Kadangkala, kita tak mampu membantu orang dari segi kewangan, namun tenaga yang Allah beri, gunakanlah kearah kebaikan. Bak kata pepatah, erti hidup pada memberi..
sekian, wassalam.
Wednesday, November 18, 2009
Mengenang Hari Kewafatan Sayyidah Zainab Binti Ali.....
Friday, November 13, 2009
Rahsia Di Sebalik Tauge....
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari
FROM: DR NIK MOHD KAMAL
Monday, November 9, 2009
Jom Tambahkan Ilmu
Tarikh : 22 November 2009 (Ahad)
Masa : 8.30 pg - 2.00 ptg
Tempat : Masjid Asy-Syakirin, KLCC
Ahli panel :
1) Ustaz Rashidy Jamil (Pengasas Tuan Sharifah Islamic Foundation, Pendakwah Bebas)
2) Brother Kamarudin (Pengasas Islamic Propagational Society International, Penerima Anugerah Muslim Terbaik 2009)
Berminat? Sila hubungi untuk mendaftar :
Syuhada (019-7516020)
Shikin (013-2222589)
JUMPA DI SANA YA!
Thursday, October 8, 2009
Penyakit Hati..
1.Jahil agama.
Tuesday, September 29, 2009
Salam Barakah Buatmu...
Salam Barakah buat AJK Unit Khidmat Kaunseling (UKK) Nisa` Wangsa Maju, saudari Wan Anis Masila yang selamat diijabkabulkan pada 5 Syawal lalu.Semoga Allah merahmati dan memberkati Anis dan suaminya, Muhammad Nuruldin.Moga ikatan perkahwinan yang terbina dapat mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.
Salam Barakah daripada kami, Nisa` Wangsa Maju...
Renungan bersama :Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :“Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepadanya, Masuklah ke dalam syurga pintu mana sahaja yang yang engkau suka. ”(Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)
Thursday, September 17, 2009
Salam Aidilfitri
Moga Ramadhan kali ini mendidik kita untuk kita terus sentiasa menjadi hamba yang sentiasa mengingati Allah S.W.T dan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan.Kita laksanakan impian kita bersama untuk menjadi anak dan wanita solehah.Insyaallah.
Moga redha Allah bersama kita.
Friday, September 11, 2009
Friday, September 4, 2009
Ya Allah,Istiqamahkanlah kami......
Kita telah melangkah masuk ke bahagian kedua Bulan Ramadhan yakni kita berada di pertengahan Ramadhan. Semoga Allah SWT terus memimpin kita dan memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah dengan ibadah dan amal soleh walau sedikit sekalipun.
Sabda Rasulullah SAW ;
“Sebaik-baik amalan adalah amalan yang istiqamah (dilakukan tanpa henti) walau sedikit sekalipun”
Seorang mukmin pasti merasa sedih dan teramat berdukacita kerana hari-hari di dalam bulan Ramadhan ini semakin berkurangan. Akan beransur pergi meninggalkan kita bukan yang penuh barakah serta janji keampunan dari Allah. Bulan yang setiap amalan sunat diberi pahala amalan fardhu dan setiap amalan fardhu diberikan pahala seumpama melakukan 70 amalan fardhu di bulan-bulan yang selainnya. Akan pergilah bulan yang di setiap malam-malamnya dibebaskan 1 juta hamba-hamba berdosa daripada neraka yang mereka itu pada asalnya telah wajib atas mereka itu masuk ke dalam neraka Allah. Para sahabat menangisi pemergian Ramadhan dan merekalah sebaik-baik generasi yang mesti menjadi qudwah sekalian umat Rasulullah SAW.
Thursday, August 27, 2009
Thursday, August 20, 2009
Rahsia dan Kemanisan dalam Ibadah Puasa
Amalan itu adalah ibadah puasa. Itulah amalan yang merupakan benteng bagi sekalian kekasih ALLAH SWT. Rasulullah saw. Bersabda : “Puasa adalah separuh kesabaran.”(HR. Tarmizi & Ibn Majah)Firman ALLAH : “Bahawasanya orang-orang yang sabar itulah yang mendapat pahala tanpa ada hitunganya.”( Az-Zumar : 10 )
Dari keterangan ayat di atas, jelaslah bahawa ibadah puasa itu melebihi dari batas perkiraan atau hitungan.
Untuk mengukuhkan lagi keterangan di atas kita perhatikan pula hadis Rasulullah saw : “Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya bau busuk pada mulut orang yang berpuasa itu disisi ALLAH adalah lebih harum dari minyak kasturi”.
ALLAH berfirman : “Bahawasanya orang itu suka meningalkan syawatnya, makanan serta minumannya untuk beribadah kepada-Ku. Maka puasanya itu adalah kerana Aku dan Aku sendiri yang akan memberikan balasanya”.( Bukhari & Muslim )
ALLAH juga menjanjikan kepada orang yang berpuasa, bahawa mereka akan dapat bertemu dengan ALLAH, sebagai balasan dari puasa yang dikerjakanya itu, sebagaimana sabda Rasulullah saw : “Ada dua macam kegembiraan bagi orang yang berpuasa, satu macam kegembiraan ialah ketika ia akan berbuka dan yang satunya lagi ialah ketika ia bertemu dengan Tuhannya”.( HR.Bukhari & Muslim )
Firman ALLAH yang maksudnya : “Seorang pun tidak dapat mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ( bermacam-macam kenikmatan ) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan”.( As-Sajadah : 17 )Para ulama berpendapat, bahawa yang dimaksud oleh ayat di atas ialah orang-orang yang mengamalkan ibadah puasa. Jadi bagi orang yang berpuasa itu pahalanya berlipat ganda sehingga tidak dapat dihitung.
Justeru itu tidak dapat dikira atau dibayangkan tentang besarnya pahalanya, kerana ibadah puasa itu memang di khaskan untuk ALLAH. Adapun penyebabnya, maka puasa mendapat keistimewaan sebagaimana yang dijelaskan adalah :
1. Ibadah puasa adalah merupakan ibadah pengekangan diri dan rahsianya hanya diri sendiri yang mengetahuinya. Ia bukanlah suatu ibadah yang dapat dilihat, sebagaimana ibadah-ibadah lainnya. Disamping diri sendiri, hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya, kerana puasa itu adalah amalan batin yang menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
2. Ibadah puasa adalah merupakan senjata untuk melawan musuh ALLAH Azzawa jalla. Kerana sebagai jambatan bagi siasatan untuk mengoda manusia melalui nafsu syahwat, sedangkan nafsu syawat itu berpangkal dari makanan dan minuman .
Jadi usaha untuk melawan musuh ALLAH, adalah sebagai salah satu jalan untuk menegakkan agama. Datangnya pertolongan ALLAH itu pun bergantung kepada pengabdian manusia kepada-Nya, sebagaimana firman ALLAH maksudnya :
“Apabila kamu menolong ALLAH (menolong memajukan agama ALLAH), maka ALLAH juga akan menolong kamu dan mengukuhkan kakimu (kedudukanmu)”. ( Muhammad : 7 )
Dari keterangan di atas, maka jelaslah oleh kita bahawa puasa adalah merupakan pintu ibadah serta dapat dijadikan benteng. Kerana sangat besarnya keistimewaan dan keutamaan dari ibadah ini, sehingga mencapai tingkatan yang setinggi-tingginya, maka sangatlah perlu untuk diketahui apa-apa sahaja syarat-syarat lahiriah dan batiniah dari ibadah tersebut.
Monday, August 10, 2009
INFO INFLUENZA A (H1N1)
Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.
2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?
Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.
Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk
laman web www.moh.gov.my dan http://www.who.int/.
3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?
Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.
4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin. Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.
5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?
Tidak
6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?
- SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
- Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu
atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan
dengan air dan sabun. - Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak
menyentuh mata, hidung dan mulut. - Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
- Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan
kepada orang lain.
7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?
- Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari
dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini. - Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih
lama.
8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?
- Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
- Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
- Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan
kemungkinan jangkitan. - Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di
tempat awam yang sesak. - Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan
yang perlu diambil. - Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat
dan lakukan aktiviti fizikal.
Tuesday, August 4, 2009
Tuesday, July 28, 2009
SETIA JAYA THE RETURN-COOKING CONTEST
Tuesday, July 21, 2009
10 perkara yang mematikan hati
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:
1.Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.
2.Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamutinggalkan sunnahnya
3.Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.
4.Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurnya.
5.Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak menentangnya.
6.Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
7.Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak lari daripadanya.
8.Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak bersedia baginya.
9.Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu
sendiri.
10.Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak jadikan pelajaran
bagi mereka.
Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita....
Monday, July 13, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Buat Sahabatku Sekalian....
Moga dalam rahmat & cinta Allah s.w.t.
Ukhuwwah yg terjalin dlm laman ini sungguh bermakna…Tanpa suara dan tanpa wajah namun tetap merasakan kebersamaan kita. Hampir setiap minggu dan hari kita melayarinya, membelek makluman2, tazkirah mahupun perbincangan semasa. Sesekali kita tersenyum, sesekali kita merenung dan sesekali kita menangis dek tazkirah yg melantun hati. Namun terasa sangat hambar tanpa menatapinya….Itulah tempias Al-Ikhwatul Imaniah (persaudaraan atas dasar iman).
Wahai sahabatku,
Al-Islam itu adalah citarasa, Al-Islam itu adalah kesetiaan, Al-Islam itu adalah perasaan & sentimen. Agama ini bermuamalah dgn jiwa dan hati manusia. Agama ini tidak bermula dgn mempergunakan kekuatan anggota badan, bukan juga dgn mengajak bertengkar dan mencabar, akan tetapi bermula dengan kata2 yg baik dan pandangan yg pengasih.
Sahabat yg disegani,
Sahabat yg disayangi,
Para Pendokong dakwah pernah berpesan bahawa manusia yg sanggup menjadi rantai penyambung perjuangan dakwah ini perlu berada di puncak kebersihan. Dakwah yg kita cita-citakan ini memerlukan kebersihan hati kita supaya hati kita dapat memberi dan menerima sabar dan bertahan dalam kesabaran, mudah mengampunkan dan bertoleransi, sanggup turun merendah diri ketaraf golongan yg lemah dan sanggup pula membawa mereka ke taraf org2 yg kuat, menghampiri manusia dgn perlahan-lahan supaya mereka tidak lari dan tidak membicarakan hak2 org lain kecuali dgn baik krn kita mencari mereka utk dakwah….
Sahabat yg dirahmati Allah,
Al-Ustaz Hassan Al Banna pernah berpesan:”Aku berharap penuh supaya kamu berjaya terus terutamanya dlm pelajaranmu kerana padanyalah akan diperolehi kejayaan utk dakwah.Seorg saudara muslim itu wajib punya kemahiran di dlm satu-satu jurusan hidup. Dakwah kita memerlukan ahli2 ikhtisas ilmiah yg mahir”.
Keyboard yg ditekan bukan sekadar mengisi masa lapang .Namun….Terselit dlm sanubari moga WARKAH yg dilayar ini dapat menjadi titipan bersama yg mampu mengoreksi dan memuhasabah bagi menjana keperibadian yg dikehendaki. Sahabatku yg dihormati…carilah ilmu sebanyak yg terdaya……keperitan mencari dan memiliki itu menyebabkan kita akan menghargai apa yg kita cari.
MOGA ALLAH & RASUL BERSAMA KITA
Tuesday, June 30, 2009
Allah pandang usaha lebih dari hasil...
menyala yang sedang membakar nabi Ibrahim…..wpun ia sedar usahanya itu pastinya tidak akan mendatangkan sebarang hasil..namun yang pasti ia tidak perlu takut seandainya ditanya oleh Allah kelak tentang apa yang dilakukan olehnya untuk menolong nabi ibrahim……..”
" The patience is beauty!!! Sabar itu Indah!!! Fasabrun Jamil…”quoted from Nabi Yaakub a.s.
Bak kata Hasan Al-banna..mujadid kurun ke-21 dalam Majmu’ Al-Rasail’ Hasan Al-Banna’
“..kita ingin umat mengetahui bahawa kita berkerja untuk mereka lebih dari kita bekerja untuk diri kami sendiri" maka oleh sebab umat islam hari ini hanya ‘menjaga tepi kain sendiri’…maka kita lupa pada saudara-saudara kita yang menderita zahir mahupun batin…walaupun kelihatan pada zahirnya tiada sebarang masalah namun ‘heart disease’ (penyakit hati) pada batinnya bisa merebak pada bila-bila masa sahaja…
seandainya tdk dirawat sepantas mungkin maka akan membawa kepada chronic Stage…dan ketika itu segalanya sudah terlambat…kerana penyakit fizikal itu deritanya hanya di dunia namun penyakit hati (batin) disebabkan oleh maksiat maka akibatnya hingga ke akhirat nanti… maka jadilah potensi Salahuddin Al-Ayubi abad ke 21 yang mampu meruntuhkan tembok2 yang memisahkan seorang Muslim dengan saudaranya yang lain…dan kemudiannya membina kembali bangunan modal insan berteraskan ‘upholding d quran n realizing d sunnah..’….atau jadilah seorang doktor yang mampu merawat penyakit batin umat dengan membawakan ilaj (ubat) yang berkapsulkan ‘..inviting ma’ruf n forbidding d mungkar’ …..”
KALAU KITA NAK BANDINGKAN PENGORBANAN KITA DENGAN PENGORBANAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT,KITA TAK DAPAT TIRU WALAU SEKECIL MANAPUN.TAK KORBAN APAPUN.ANGGAPLAH INI ADALAH SEDIKIT SUMBANGAN KITA KEPADA ISLAM YANG KITA CINTAI.MAKA,TETAPKAN HATI DAN KONSISTEN DALAM PENYAMPAIAN DAKWAH…..
Maka tanggungjawab ini perlu di galas demi meneruskan cinta Rasulullah….jangan pernah mendambakan pada hasil yang banyak…yang penting adalah usaha….kerana pemberi hidayah bukanlah kita tetapi Allah…walaupun hasilnya belum pasti namun sekurang2nya kita sudah berusaha…..moga2 usaha kita diberkati dengan berlandaskan jalan salafussoleh… menjadi pelepas tanggungjawab di akhirat kelak,,,insyaallah..
Friday, June 26, 2009
Mini Karnival Sukan Setiajaya
Karnival yang bermula pada jam 9 pagi dengan perasmian dan sarapan pagi. Kemudian acara Explorace untuk remaja lelaki dan perempuan yang berumur 10-17 tahun di mulakan. Explorace ini dijalankan di sekitar kawasan kampung dengan 7 pit stop yang di jaga oleh Fasi.
Klu-klu di berikan kepada peserta dan tugasan yang pelbagai di sediakan di setiap pit stop. Sementara itu juga aktiviti kanak-kanak dan dewasa berlangsung di dewan dan luar dewan. Bagi meraikan kanak-kanak, aktiviti mewarna dan sukaneka di adakan. Bagi kategori dewasa pula permainan seperti dam haji, dart, batu seremban dan congkak.
Permainan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dari penduduk setempat. 2 acara penutup karnival ini ialah acara kukur kelapa bagi kaum wanita dan tarik tali dari kaum lelaki. Karnival tamat dengan penyampaian hadiah-hadiah dan tayangan montaj nisa. Makan tengahari juga disediakan bagi mereka yang terlibat.Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Karnival ini.
Nisa Wangsa Maju mengambil inisiatif ini untuk memperkenalkan nisa’ disamping mencari ahli-ahli baru yang berminat menyertai Nisa di masa akan datang di sekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur .Nisa’ juga sentiasa mengalu-alukan sebarang kerjasama program yang boleh memanafaatkan remaja dan islam.
Wednesday, June 24, 2009
Kerja Kosong...
Tarikh tutup 15 Julai 2009
Calon-calon yang berkelayakan ditawarkan untuk memohon jawatan-jawatan berikut :-
Jawatan (Gred):
1. Pegawai Eksekutif (Gred L41)
Jadual Gaji :
P1T1 RM1989.45 - P3T24 RM5274.82
Syarat Lantikan :
Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diterima diiktiraf setaraf dengannya; atauLulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) ; dan lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM ataukelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Penempatan (Kekosongan)-Kuala Lumpur
Taraf Jawatan (1)- Kontrak
Cara Memohon:Calon yang berminat boleh mengemukakan resume kepada :-
Ketua Pegawai Eksekutif,
Yayasan Kebajikan Negara, MalaysiaTingkat 20,
Menara Tun Ismail Mohamed Ali,Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.
2.Jawatan kosong Unit Perancang Ekonomi Negeri johor (UPENJ)
Tarikh tutup 15 Julai 2009
Permohonan adalah dipelawa dari kalangan rakyat Negeri Johor untuk mengisi jawatan di UPENJ seperti berikut:
1. Pegawai Pembangunan Masyarakat (Gred S41)
2. Penolong Pegawai Penyelidik (Gred Q27)
Taraf jawatan: Kontrak
http://www.johordt.gov.my/bm/site/lanjutan/jawatan_kosong_unit_perancang_ekonomi_negeri_johor_upenj1/
3.Jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tarikh tutup 6 Julai 2009
Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi jawatan-jawatan seperti berikut:
1. PEGAWAI SAINS C41
2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
3. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
4. PEGAWAI TADBIR N41
5. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41
6. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
7. PUSTAKAWAN S41
8. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
9. PEGAWAI PSIKOLOGI(KLINIKAL) S41
10. PEGAWAI OPTOMETRI U41
11. JURU X-RAY U41
12. PEGAWAI KEBUDAYAAN B31
13. PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT F29
14. PEMBANTU TEKNIK J29
15. PEMBANTU PERUBATAN U29
16. PENOLONG PEGAWAI SAINS C27
17. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP27
18. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27
19. PENOLONG PEGAWAI BELIA & SUKAN S27
20. PENOLONG AKAUNTAN W27
21. JURUTEKNIK KOMPUTER FT17
22. JURUTEKNIK J17
23. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17
24. PENYELIA ASRAMA N17
25. PEMBANTU TADBIR (S) N17
26. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK R17
27. PEMBANTU MUZIUM S17
28. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN U17
29. PENGAWAL KESELAMATAN KP11
30. PEMBANTU TADBIR RENDAH N11
31. TUKANG K2 R11
32. PEMANDU KENDERAAN R3
33. ATENDAN KESIHATAN U3
http://ewarga2.ukm.my/eiklan/peluangkerja.cfm
4.Jawatan kosong Balai Seni Lukis Negara .
Tarikh tutup 4 Julai 2009
Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan sedang membuat pengisian bagi beberapa jawatan seperti berikut;
1.KURATOR GRED S41 - KONTRAK
2.AKAUNTAN GRED W41 - KONTRAK
3.PEGAWAI TADBIR GRED N41 - KONTRAK
4.PENOLONG KURATOR GRED S27 – KONTRAK
http://malaysiancareer.com/
5.Jawatan kosong Ministry Of Tourism Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia)
Tarikh tutup 3 Julai 2009
Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, KPL sedang mencari calon Pekerja Khidmat Singkat (PKS) bagi memenuhi tuntutan kerja dalam bidang Grafik dan Seni Reka. Kriteria bagi calon-calon PKS adalah seperti berikut:
Jantina : Lelaki / Perempuan
Umur : 18 tahun ke atas
Kelayakan : Diploma dalam bidang Multimedia ATAU Seni Grafik Komputer ATAU Sains Komputer ATAU kelayakan yang setaraf dengannya serta mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka grafik komputer.
Gaji : RM 56.65/sehari (bekerja hanya selama 5 jam sehari dan 5 hari seminggu)
Kontrak : 6 bulan
Senarai Tugas:
-Menjalankan kerja-kerja melibatkan perekaan logo, banner, poster, atau grafik komputer bagi tujuan percetakan.
-Membantu dalam urusan penyelarasan dan pengurusan acara yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelancongan.
-Membantu kerja-kerja percetakan risalah, buku panduan, buku statistik dan lampiran berita melibatkan aktiviti/ program yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan Pelancongan
-Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia di talian 03-2696 3233 dan resume boleh dihantar melalui emel :
ahmadsyah@motour.gov.my atau fax : 03-2693 7451/ 2297.
Temuduga akan dijalankan setelah calon disenarai pendek. Permohonan yang tidak memenuhi kriteria seperti di atas tidak akan dilayan.
6.Jawatan kosong Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Tarikh tutup 30 Jun 2009
jawatan - Kerani Am
Kelulusan sekurang-kurangnya SPM- Sekurang-kurangnya berkemahiran mengguna aplikasi komputer Ms Word, Excel, Pagmaker & Powerpoint.- Boleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan manyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran passport, dan salinan sijil kepada
Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91,Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92895757
~Semoga dipermudahkan segala usaha olehNYA~
Monday, June 22, 2009
Bulan Rejab.....
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm
Untukmu Wanita.........
Dari waktu ke waktu
Terpancar sinar Nur Illahi
Monday, June 8, 2009
Moga Allah Memberkatimu....
Semoga Allah memberkati ikatan perkahwinan yang dibina demi mencari redha Allah S.W.T.Harapan kami, moga Hariri menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah serta terus istiqamah bersama perjuangan Islam walau di mana berada.
Beramal kerana Allah...
Surah Al-A`raf : 56
Dalam persidangan Muktamar DMPP kali ke 49 yang lalu, sebahagian AJK NWM telah terlibat dalam memikul tugas sebagai AJK Bentara.Kami ditugaskan sebagai pemudahcara kepada perwakilan-perwakilan yang datang dari seluruh negeri. Sebahagian daripada perwakilan negeri
Alhamdulillah, walaupun sedikit kepenatan, pengalaman yang berharga ini akan kami simpan di dalam memori yang penuh dengan 1001 kenangan.Moga amal yang dilakukan akan menjadi bekalan di akhirat nanti.Insyaallah.
JEMAAH ITU BERKAT, PERPECAHAN ITU AZAB
Monday, June 1, 2009
Empat punca hidup manusia tidak tenteram
Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyentuh kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik.
Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah.Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata:
Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!
Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja!Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu.
Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah.Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup.
Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:
1) Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan keseronokan atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
2) Kita terlalu banyak komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
3) Kita terlalu mengejar kemewahan dan kemegahan hidup sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
4) Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini adalah untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah kematian itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar.
Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.
Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati?Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: ‘Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak’.
Wednesday, May 27, 2009
Ya Allah, Berkatilah Perkahwinan Ini…..
“ Dan di antara tanda-tanda Kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dengannya, dan dijadikan- Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang Mengetahui”
(Surah Ar Rum : 21)
Selamat Pengantin Baru buat AJK USR Nisa` Wangsa Maju, saudari Hajar Ilyana Bt Hashim yang selamat menjadi zaujah pilihan kepada saudara Azlan.
Semoga Allah memberkati dan melimpahkan barakah kepada pengantin. Dan, moga ikatan perkahwinan yang terbina ini dapat mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.
Wednesday, May 20, 2009
Selamat Pengantin Baru….Moga Kekal Hingga Ke Syurga………
Selamat Pengantin Baru buat mantan AJK 3N(Nisa` News Network) Nisa` Wangsa Maju, saudari Zarina Bt Zanirun yang selamat diijabkabulkan dengan pemuda pilihan, saudara Muhammad Faisal bin Dato` Hj Bahari.
InsyaAllah, moga ikatan perkahwinan yang terbina kerana Allah S.W.T, membawa barakah dan maghfirah dan seterusnya melahirkan mujahid dan mujahidah, penyambung mata rantai perjuangan Islam.
Semoga berbahagia dalam melayari bahtera rumah tangga dan moga kekal hingga ke syurga…..
Renungan bersama :
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
“Sekiranya seorang wanita menjaga solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya, dan mematuhi suaminya, akan dikatakan kepadanya, Masuklah ke dalam syurga pintu mana sahaja yang yang engkau suka. ”
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ahmad dan at-Thabarani)
Menang Ceria di Pertandingan Bowling….
Pertandingan Bowling anjuran Nisa` Gombak membawa kenangan bermakna buat AJK-AJK Nisa` Wangsa Maju. Walaupun tidak berjaya mendapat tempat dan Piala Dato` Dr Hassan Ali, namun pertandingan ini memberi aura berharga dalam memantapkan lagi ukhuwah yang terbina antara AJK-AJK Nisa` Wangsa Maju. Kali ini, NWM menghantar 3 pasukan yang terdiri daripada 15 orang AJK NWM untuk memeriahkan suasana pertandingan bowling yang telah diadakan di Pusat Bowling Flamingo, Ampang. Salah satu pasukan kami dianugerahkan Pasukan Paling Ceria oleh pihak penganjur. Syabas diucapkan. Menang kalah adalah adat pertandingan, dan apa yang penting semangat berpasukan terus subur dalam menggerakkan jemaah.
Memetik kata-kata Dato` Dr Hassan Ali yang menyeru agar semua anggota Nisa` bersama masyarakat terutama remaja wanita melalui kesukanan secara Islam. Walaupun bergelar muslimah, namun ia tidak menjadi batasan untuk bersukan. Dan, yang penting niat untuk bermain adalah semata-mata untuk beribadah dan ingin mencari redha Allah S.W.T.
anugerah pasukan paling ceria. tahniah diucapkan!
Friday, May 8, 2009
JOM ADIK-ADIK
Jom adik-adik...ke Smartgroup Nisa' Wangsa Maju.
Wednesday, May 6, 2009
RINTIHAN SEORANG HAMBA
Anugerahkanlah sedikit rasa cinta padaMu Tuhan
Agar aku tidak mencintai selainMu
Supaya apa yang ada, kukorbankan untukMu
Atau berilah sedikit rasa takut padaMu Tuhan
Agar aku dapat mengawal diri ku
Patuh pada suruhanMu, menjauhi laranganMu
Hidupkanlah jiwa aku dengan mengingatiMu Tuhan
Bangunkanlah jiwa aku dengan takut kepadaMu
Agar rasa kehambaanku subur di dalam jiwaku Tuhan cinta dan takut memenuhi jiwa ku
Inilah yang akan menyelamatkan aku
Kalau tidak kerana ini sudah tentu aku lalai
denganMu selalu
Aku lupa suruhanMu dan laranganMu
Setiap waktu nafsulah yang mempengaruhiku
Syaitanlah yang menipu daya ku
Tuhan! Robek -robeklah hatiku ini dengan takutkanMu
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatanMu
Hancurluluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan QahharMu
Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan RahmanMu
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku dengan Qudrat dan IradahMu
Agar jangan manusia dan kuasa merobek--robek hatiku
Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku
Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia menghiris-hiris hatiku
Aku berlilndung denganMu daripada makhluk yang merosakkan hatiku
Juga aku berlindung denganMu jangan sampai dunia dan nikmatnya merosak hatiku
Tuhan, selamatkanlah hatiku daripada dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia dan keindahannya
Tuhan apalah ertinya aku cintakan syurgaMu pada hal hatiku tidak mencintaiMu
Apalah ertinya aku takutkan nerakaMu sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu
Tuhan! HidayahMu yang kupinta
TaufiqMu yang aku mahu
Selamatkanlah aku Tuhan
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku… Pelindungku.
Amin Ya Rabbal'Alamin
Lahirnya seorang mujahid...
Berita kelahiran seorang bakal mujahid Islam membawa hati-hati kami untuk pergi ke Gombak Medical Centre (GMC). Melihat sendiri wajah bayi yang suci bersih dari noda dan dosa. Dan juga wajah seorang ibu yang melakukan pengorbanan yang tak ternilai harganya dalam mengandungkan seorang anak selama 9 bulan 10 hari.Serta tak lupa juga kepada seorang bapa yang memberi motivasi dan semangat buat isteri tercinta……Tahniah buat mantan Ketua Nisa` Wangsa Maju, Puan Zarina Amri Shahidin & suami tersayang, Ustaz Amran yang telah mendapat cahaya mata lelaki pada jam 12.30 tengahari, 5 Mei 2009.
Walaupun team Nisa` Wangsa Maju keletihan sebab masing-masing baru balik dari tempat kerja, namun keletihan terubat bila melihat wajah bersih dan suci seorang bayi. Alhamdulillah, bayi lelaki seberat 3 kg yang diberi nama Muhammad Luqmanul Hakim selamat dilahirkan secara pembedahan.
Disini, kami mendoakan semoga Muhammad Luqmanul Hakim menjadi salah seorang mujahid, yang bakal menyambung risalah perjuangan Islam. InsyaAllah…