Friday, December 30, 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Sunday, December 11, 2011
Kem Remaja Solehah 2011
Thursday, November 24, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Maan Najah untuk peperiksaan :)
Walaupun agak terlewat, tapi orang kata Better Late Than Never kan? Maka, kami di Nisa' Wangsa Maju ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca terutama bagi mereka yang menduduki peperiksaan awam tahun ini.
Kami mendoakan yang terbaik buat kalian semua. Ha...ada banyak sangat tips menghadapi peperiksaan yang boleh di Google tapi di sini sekadar nak share 1 saja. 1 tips yang inshaAllah cukup hebat dan berkesan :)
Iaitulah, berusaha & berdoa. Sebagai umat Islam, kita dikurniakan senjata yang cukup ampuh iaitu Doa. Berdoalah kepada Allah yang Maha Pemurah agar dikurniakan rezeki yang terbaik dalam keputusan peperiksaan. Doa mesti diiringi dengan kekuatan usaha. Sebabnya, tak mungkin dengan hanya duduk sahaja, akan beroleh Straight A's kan. Usaha dan doa harus bergerak hand-in-hand :)
Selamat meneruskan & meningkatkan usaha & doa!! :)
Thursday, October 6, 2011
Jemput ke Talkshow 9/10/11
Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam redha dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Dikalung kesihatan dan kekuatan serta kesabaran menghadapi perjalanan hidup yang masih ada. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH. *syukur*
Dikesempatan ini, ingin kami hebahkan Talkshow dari Nisa' Wilayah Persekutuan yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :
Jangan risau tentang bayaran. Semuanya adalah PERCUMA!Makanan juga disediakan.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
Azi : 013-2009426
Durrah : 019-3424921
Atau boleh juga luang masa untuk klik pada link ini :
Facebook : www.facebook.com//nisa.wilayah
Friday, September 2, 2011
SYAWAL yang tiba,,,
Friday, August 26, 2011
MUHASABAH: DIA BAKAL TINGGALKAN KITA....OH RAMADHAN
Namun, ketika semua mula terasa keriangan menyambut AidilFitri, bagaimana pula halnya dengan diri kita. Adakah kita juga sesibuk kanak-kanak kecil membilang hari menanti hari demi hari berlalu, atau adakah kita masih sama seperti sebelum ini, masih terleka dengan kesibukan dan keindahan duniawi. Alangkah eloknya sebelum kita menyambut hari kemenangan yang pasti akan tiba, namun belum pasti ianya untuk kita, kita berhenti sejenak dari kesibukan keduniaan kita untuk sama-sama merenung kembali ibadah kita di sisa-sisa terakhir Ramadhan ini. Bagaimanakah ibadah kita sepanjang Ramadhan ini. Adakah ianya sama saja seperti tahun-tahun sebelumnya, atau semakin teruk merosot dari sehari ke sehari Nauzubillah.
Ayuh sahabat, kita teruskan perjuangan kita dalam mengejar gelaran yang diimpikan-impikan selama ini. Gelaran yang bukannya boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun pangkat kita, tapi gelaran yang Allah offer kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh dan ikhlas mahukannya. Ianya bukan susah namun tidak pula mudah pula untuk memilikinya. Hanya mereka yang betul-betul gigih, ikhlas dan penuh dengan keimanan dalam ibadahnya yang mampu meraih tawaran yang terhebat ini. Jadi, macam mana pula dengan kita? Masa yang berbaki ini perlu kita pulun habisan-habisan agar tiada kesal di penghujung nanti. Dan kalau ada rezeki, mungkin kita turut terpilih menjadi tetamuNya di malam yang lebih baik dari seribu bulan, ameen. Namun andainya malam itu sudah berlalu, tidak sepatutnya kita berputus asa kerana setiap malam di bulan Ramadhan itu memiliki hikmah dan rahsianya tersendiri.
Jom kita renungi hadis ini, moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang kedua yang telah diaminkan oleh KEKASIHNYA. Nauzubillah....
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu,
Monday, August 22, 2011
10 AKHIR RAMADHAN
Semoga bermanfaat untuk kita semua, insyaALLAH
NABI BERSUNGGUH DI 10 AKHIR RAMADHAN
(كان رسول الله إذا دخل العشر الأواخر شدّ مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله)
Bila masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan Rasulullah SAW akan mengencangkan kainnya ( menjauhkan diri dari menggauli isterinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya “.
( Riwayat Bukhari )
HURAIAN HADIS :
1. Sepuluh akhir Ramadhan merupakan fatrah pembebasan api neraka dan akan berlakunya lailatulqadar, iaitu satu malam yang akan diganjari pahala umpama seribu bulan.
2 . Baginda SAW akan berpisah seketika bersama isteri-isteri Baginda SAW untuk memberikan sepenuh maksimun kepada ibadah di akhir Ramadhan.
3. Nabi SAW sangat mengambil berat dalam melakukan amalan ketaatan bukan sekadar untuk diri Baginda semata-mata, bahkan Baginda SAW akan mengajak kaum keluarga dan para sahabat supaya dapat melakukan amalan sepertimana yang Baginda SAW laksanakan.
4. Di bulan Ramadhan ini seharusnya kita mencontohi segala yang dilakukan oleh Nabi SAW
Friday, August 19, 2011
Repost: Jemputan ke Majlis Khatam al-Quran Sabtu ini :)
Wednesday, August 10, 2011
Rahmat sudah...kini Keampunan pula. Jom!
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]
*********************************************************
Kini, kita telah pun berada dipertengahan Ramadhan.. [Bulan yg pada awalnya RAHMAT.. pertengahannya KEAMPUNAN.. dan akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA] – Betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita dengan peluang ini.
Source gambar: Google
Jom sama-sama kita berusaha membersihkan diri kita dari sebarang kotoran dosa yang sememangnya banyak melekat pada diri kita, hari-hari yang dipenuhi RAHMAT telahpun berlalu.. Janganlah pula kita menjadi golongan yang binasa kerana terlepas daripada peluang mendapat pengampunan Allah ini.. [Binasa dan rugilah.. mereka yang sempat dengan Ramadhan.. tetapi tidak mendapat pengampunan Allah].
Jadi, Apakah Formula mendapat keampunan Allah??? Jom tengok J
1. Menghidupkan Ramadhan dengan keimanan & pengharapan
· Perbaikilah kualiti puasa kita
· Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran
· Banyakkan bersedekah
· Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail
2. Mengampunkan segala kesalahan orang lain kepada kita
· Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda
· Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda
· Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya
3. Sedekah boleh membawa pengampunan
· Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan
· Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin.
4. Istighfar pada waktu sahur
Banyakkanlah istighfar ikhwah/at pada bulan ini.. [Sesungguhnya hait-haii manusia itu berkarat ibarat tembaga, dan pengilatnya adalah Istighfar].
Terutama pada waktu-waktu sahur (2/3 malam). Terdapat dua kali di dalam al Quran, Allah memuji mereka yang beristighfar pada waktu sahur.. al Zariyat, ayat 18 dan juga Ali Imran, ayat : 17.
· Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita
· Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin.
Tuesday, August 9, 2011
Ramadhan ku.....
Ramadhan ini masih aku lalui seadanya
Dalam harap dan hadap memohon yang terbaik..
Sungguh tekadang runtunan nafsu lebih dahsyat dari hasutan sang terlaknat..
Lantaran gagal aku mendidiknya menjadi taat.
Yang sering mengungkap..” moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..”
Mengintai makna dan rasa sebuah berkat..
Mengangan ampunan dan limpahan rahmat..
Walau sering aku kabur memaham segala hakikat..
Dan dalam sisa Ramadhan yang semakin pantas berlalu ini..
Aku akan terus menyimpan azam..
Menadah dan mengutip segala yang aku mampu..
Jua memohon sekudrat yang ada..
Agar mampu aku sepersis mereka..sekalipun sekadar dalam tadahan doa..
namun aku yakin jiwa yang meminta tak akan dipersia..
ungkapNya..”mohonlah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan permohonanmu..”
dengan doaku yang hanya satu.masih seperti mereka..” moga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..”
Andai ini Ramadhan terakhir untukku..
Friday, August 5, 2011
KEGEMBIRAAN YANG PASTI :)
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. (رواه مسلم)
HURAIAN HADIS :
1) Kegembiraan adalah sesuatu yang belum tentu akan diraih oleh seseorang melainkan apabila ia ditakdirkan untuk memperolehi sesuati nikmat atau anugerah.
2) Namun kegembiraan yang pasti dan dijanjikan ialah dengan berpuasa. Sepertimana yang telah dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW bahawa bagi orang yang berpuasa ialah ketika ia berbuka puasa dan ketika bertemu dengan ALLAH di akhirat kelak.
3) Sebagai ummat Islam kita hendaklah merebut peluang dan nikmat yang telah dijanjikan oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya segala keistimewaan ini hanya diperolehi oleh mereka yang berpuasa dikalangan ummat Muhammad SAW.
Sunday, July 31, 2011
Alhamdulillah, berjumpa Ramadhan lagi :)
Alhamdulillah, Ramadhan telah pun tiba. Selain menjadi bulan puasa, ia adalah bulan Quran dan doa. Banyak sangat-sangat kelebihan Allah beri dalam bulan Ramadhan ini.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)
Allah menjelaskan hal doa selepas puasa dan Quran dalam Surah al-Baqarah. Allah menggunakan istilah 'hambaKu' dalam ayat ini, menjelaskan bahawa jika seseorang itu berdoa, ia akan dekat dengan ciri seorang hamba:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. (2:186)
Apakah natijah doa? Kalau puasa melahirkan taqwa, doa melahirkan kemampuan untuk berada pada jalan yang baik dan betul. Setiap detik langkah mendapat petunjuk atau irshad daripada Allah. Individu yang jarang berdoa akan mempunyai kemampuan menaakul permasalahan hidup yang tumpul.
Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan :)
Wednesday, July 27, 2011
Ramadhan : Temasya Ibadah
Sahabat-sahabat semua :)
Sedar tak sedar tak lama je lagi kita bakal bertemu dengan bulan terbaik, bulan yang amat dirindui iaitu Ramadhan kareem :) Seronoknya rasa, moga Allah pertemukan kita semua dengan Ramadhan.
Sempena dengan Ramadhan kali ini, kami Nisa' Wangsa Maju akan menghidangkan anda semua dengan tazkirah menarik sepanjang bulan mulia ini. Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat ye :)
Kalau ada sahabat-sahabat yang nak share artikel ke, photo ke apa-apa saja yang boleh memberi ingatan dan motivasi kepada kita semua sempena Ramadhan, boleh lah fwd ke mail kami ye : nisawm@gmail.com
Thursday, July 21, 2011
Mohon Sumbangan Dari Semua
Assalamualaikum wbt.
Sahabat-sahabat pembaca setia blog semua :)
Apa khabar? Harapnya semua sihat ya. Sempena Ramadhan yang akan datang tak berapa lama lagi, kami Nisa' Wangsa Maju sedang dalam usaha untuk mencari sumbangan bagi Program Derma Al-Quran tafsir kepada anak-anak yatim yang kurang berkemampuan di sekitar Wangsa Maju.
Harapan kami mudah-mudahan mereka dapat mengenali dan akrab dengan Al-Quran. Sekaligus memberi faedah kepada kita yang menyumbang. Saham dunia & akhirat insyaAllah.
Apa lagiiii? Jom telefon talian yang tertera bagi memaklumkan kesudian menyumbang,. tak mahal, RM 25 sahaja per unit.
Jangan tunggu lama-lama...nanti habis peluang :)
Friday, July 15, 2011
Saturday, June 18, 2011
Satu Saff - Nisa' Wangsa Maju
Good morning semua faithful readers :)
Today is a special day to all of us in Nisa' Wangsa Maju. We are going to our most awaited program - the TEAMBUILDING :)
We booked the date months ago and now the time finally came. This program is aimed to further fasten our bonding and further strengthen the team's mission, approach, goals and strategies. Just like those big companies, we have our core value to stick with and objectives to be achieved. Well, Nisa' Wangsa Maju is all committed to strive towards the best we can be :)
May Allah bless us all in this program and it brings much benefits to Nisa' Wangsa Maju specifically and to all others indirectly :)
No worries, we will be back soon with more energy! Till then, take care of your Iman & Taqwa ok! (^_^)v
Monday, May 30, 2011
KENAPA ANDA PERLU MENYERTAI NiAR :
Satu Program baru yang pertama kali diadakan di wangsa maju .
Ianya bakal menguji FIZIKAL, MENTAL, EMOSI & SPIRITUAL ANDA…
Ia juga menjanjikan PENGETAHUAN, KEMAHIRAN & PELBAGAI PENGALAMAN YANG MENARIK.
APA ISTIMEWANYA NiAR ?
Anda berpeluang memenangi :
--->HADIAH UTAMA = RM 500 cash + Baucer Percutian Ke Pulau Redang 2H1M
-----> JUMBO HULK hamper
-------> HADIAH PENYERTAAN , CABUTAN BERTUAH, HADIAH MISTERI
---------> dan pelbagai hadiah lain !!!!
SLOT-SLOT MENARIK MENANTI ANDA:
> KAU KEKASIH> AKU WANITA> EKPLORASI IMAN> SOLUSI DIRI> SESEJUK KELAPA> SHARP SHOOTER>> dan banyak lagi..
untuk WANITA2 SAHAJA.. ….
KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA
untuk penyertaan HUBUNGI:
faz 012 2945731 , ezi 0132009426
Tuesday, May 24, 2011
Musim kenduri kahwin.
Assalamualaikum wbt
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Ha...surely semua tahu apa yang nak dibicarakan dalam post kali ini. Macam biasa, apabila cuti sekolah semakin hampir, banyak sekali kad-kad jemputan kahwin diterima; dari teman sepejabat, teman sekuliah, even teman-teman sekolah rendah kan.
Time for Nisa' Amazing Race
Come and join us. We can have fun together :)
Mind you, this gonna be a real amazing, challenging yet meaningful event to all of us. Be one of us for the historical moment~!
Monday, May 16, 2011
Selamat Hari Guru :)
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Saturday, May 14, 2011
Indeed, a very successful event - KAMUZ :)
hi dearest faithful readers,
it has been long silence since the last post. Been quite busy with stuffs but don't worry we're now ready to gear up again :) *coming up a very special and amazing event....soon!*
Beautiful readers, last month had been a joyful month to Nisa' Wangsa Maju. We managed to organized a successful event - Karnival Masjid Usamah bin Zaid or popularly known as KAMUZ. This event was a collaboration with Masjid Committee and been held at Masjid Usamah, Wangsa Maju itself.
During this carnival, we received a good "sambutan" from Wangsa Maju people and alhamdulillah all activities run smoothly. There were Akademi Masjid (USJUD) which produced 20 talented and potential future leader, Pesona Bintang Kecil which gave a platfrom to the kiddies to unleash their talent in singing and story-telling, and many more! exhibition, food selling, etc. ohhhh, so wonderful!
I know this post might be back-dated but believe me, the sweet memories of KAMUZ and the best feeling of that days, actually remained :)
Enjoy the piccas and vids of KAMUZ and feel free to give comments.
**oops, pls click on the link, because we're facing limited internet connection at the moment and couldn't upload them here...**
Tuesday, April 26, 2011
[Alert] Jom Lebih Berhati-hati
1) jom sama-sama lebih berhati-hati dalam mengupload gambar2 di FB/blog/shared folder, etc. Bukan apa, bimbang2 dapat "demerit" free di mata Allah nanti, smbil2 mungkin disalahgunakan/dimanipulasikan oleh pihak x bertanggungjawab. Mudahnya, gmbr2 yang sebegini, lagi baik tak diupload langsung, lagi selamat. kan?
Monday, April 25, 2011
Nisa' Wanga Maju New Line-Up (^__^)v
Aisyah Amir Ramli
Asnadila
Friday, April 22, 2011
JOM KE TALKSHOW NISA' WP
Tuesday, March 22, 2011
Friday, March 18, 2011
Friday, March 11, 2011
wanita..kerana dirimu sangat berharga...
Rama-Rama vs Wanita
Monday, February 14, 2011
Sesi edaran risalah sempena maulidur rasul....13.2.2011
Friday, January 7, 2011
I LUV MUHAMMAD S.A.W
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW yang memberi penyuluh dan syafaat kita di dunia dan akhirat.